Ahad, 23 Jun 2013

Antara kejayaan Umno dalam menipu orang Melayu

Antara kejayaan Umno dalam menipu orang Melayu ialah kononnya PAS anti perpaduan ummah, sedangkan Umno sentiasa menghulurkan salam perpaduan dengan PAS. PAS menolaknya, dalam waktu yang sama sanggup pula berbaik dengan DAP yang kafir. Itu antara isu di mana 'silent majority' Melayu terkesan dalam PRU 13 lalu.

Pemimpin PAS sentiasa menegaskan bahawa kerjasama antara parti itu dengan Umno, atau mana-mana pertubuhan sekalipun tidak menjadi masalah. PAS bersedia untuk duduk bersama sesiapa sahaja untuk membincangkan isu Islam atau Melayu. Cuma bermuafakatan itu tidak bermakna PAS bersama Umno dalam pentadbiran negara, sama ada atas nama Kerajaan Perpaduan atau PAS menyertai BN.

baca lagi..



Mungkin orang melihat bahawa ada banyak perkara boleh dibuat dari perpaduan politik PAS-Umno kearah manfaat bersama satu kelompok manusia yang sebangsa dan seagama. Tetapi ada satu perkara besar yang PAS atau sesiapa sahaja tidak akan mampu buat bila masuk bergabung dengan Umno - iaitu membanteras rasuah! Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan tidak ada orang baik dalam Umno tetapi sesiapa pun yang mahu membetulkan isu rasuah Umno akan gagal. Para perasuah sudah mendominasi Umno dan kerajaan. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, penyakit rasuah Umno sudah berada di 'stage four' (tahap empat, iaitu paling kronik). Pendek kata, penyakit rasuah akan hilang dari Umno apabila parti itu mati atau kalah.



Kroniknya rasuah dalam Umno dan kerajaan yang dipimpin Umno sehinggakan jika PAS bersama Umno dalam kerajaan, maka mudharat yang datang dalam kerajaan akan lebih besar manakala PAS akan rosak dengan palitan budaya rasuah bawaan Umno. Sebab itu PAS memilih untuk membentuk rakan kongsi lain (Pakatan Rakyat) bagi menumbangkan terus Umno dan BN bersama nyawa rasuah mereka.




Cuma perkara yang belum mampu dilakukan oleh PAS setakat ini ialah menyedarkan orang Melayu bahawa rasuah itu sangat besar bahayanya serta Umno dan rasuah adalah sinonim. Umno berjaya melunakkan Melayu dengan rasuah dengan menghulurkan 'rasuah' berbentuk pelbagai pemberian tunai kepada Melayu. "I help you, you help me." Melayu dilunakkan bahawa budaya pembelian jawatan dalam Umno itu hanyalah politik wang bukan rasuah, sedangkan politik wang dan rasuah itu adalah umpama khinzir dan babi.




Rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Daripada Abu Hurairah RA. dia berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum-menghukum”. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.




Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu atau dia tidak berhak sama sekali untuk berbuat demikian. Misalnya, menteri yang berkuasa meluluskan projek mensyaratkan pulangan sebanyak 25 peratus dari untung projek untuk dirinya. Keuntungan itu telah dinaikkan (mark up) dari awal, yakni sewaktu peletakan harga oleh orang yang berkuasa meluluskannya. Contoh rasuah yang disebut ini, menurut pakar kaji rasuah telah menjahanamkan kira-kira RM20 billion wang negara setahun.




Walaupun Tun Dr. Mahathir nampak, malahan seluruh para pemimpin Umno tahu dan sedar kewujudan rasuah jenis ini tetapi orang Melayu umumnya tidak nampak. Sebab itu pak-pak lebai dan ustaz-ustaz Umno setia memberi undi kepada parti rasuah itu terus berkuasa. Mereka tidak nampak apa yang orang baik (dan orang jahat macam Tun Mahathir juga) nampak.




Teruknya bahana rasuah ini ialah wang negara dibaham oleh para penyamun yang berkuasa dengan banyaknya, kebenaran boleh disembunyi dan kebatilan dapat dilunakkan, sampai bila-bila orang Melayu tidak maju di bidang ekonomi kerana ia dikuasai oleh pemodal dari bukan Melayu akibat rasuah dan yang paling jahanam ialah rakyat sentiasa membuat pemilihan yang salah untuk menentukan peneraju kuasa kerana keputusan yang mereka buat adalah berbayar. Rasuah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah negatif lain yang bertali temali. Terlalu banyak negara dan kerajaan yang jatuh dan hancur kerana rasuah.




Orang bukan Muslim dari DAP atau KeADILan pun sedar bahaya dan bencana rasuah ini serta kewajipan menolak sebuah pemerintah rasuah. Tetapi mengapa ulamak-ulamak berbangsa Melayu yang asyik berkepit dengan kitab sehingga kitab bau ketiak dan ketiak bau kitab, tapi gagal menerangkan kejahatan Umno sebagai parti yang menjuarai rasuah serta wajib Umno ini dijatuhkan?




Selagi orang Melayu tidak faham serta tidak takutkan bencana rasuah, maka mereka tidak akan menolak Umno. Tun Mahathir berkata, orang Melayu bukan suka sangat Umno namun mereka tiada pilihan kerana takutkan DAP berkuasa. Maknanya, Umno berjaya takutkan Melayu 'bahaya' DAP. Soalnya mengapa kita tidak berjaya menakutkan Melayu perihal bahayanya memilih parti rasuah.




Banyak kerja sebenarnya untuk dilakukan terhadap sebuah bangsa yang buta untuk mengenali integriti tapi kerja itu tetap perlu dilakukan dengan tekun dan sabar. Jika tidak, bangsa Melayu akan terus dijajah oleh parti perasuah sehinggalah negara ini hancur bersama-sama dengan mereka.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: