Khamis, 16 Mei 2013

Zahid Hamidi ingat ini mak bapak dia punya negara!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : Zahid kata tak terima system pilihanraya sila berhijrah

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

“NONEJika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini ~malaysiakini.

PBO: hello pak menteri, kami bukan tak sokong demokrasi, kami tak sokong penipuan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

yang tak betul sila betulkan bukan suruh orang lari orang tegur ambilah tindakan jangan ingat kita semua betul.orang pun bukan gila sangat nak tegur kalau benda betul

Tanpa Nama berkata...

Depa ada kuasa..sedap mulut le bercakap..depa tk tahu yg depa menang d kawasan luar bandar,estet yg tk dapat sumber maklumat dan juga harap undi pos..

Tanpa Nama berkata...

betul apa dato ZH cakap. kalau boleh terima pakai sistem majoriti mudah kat negeri2 macma penang, selangor dan kelantan. apasal pula pertikaikan sistem yg sama untuk negeri2 lain?..sekali lagi, kita bukan negara republik yang guna undi popular.

Kalau penipuan yang dicanang2kan.. kenapa nak berselindung di bawah nama undi popular?.. cubala berfikir secara sistem negara malaysia.

Dan jangan suka menggunakan perkataan rakyat untuk mewakili kumpulan parti2 PR. sebab kami yg bukan penyokong PR pun adalah rakyat juga.