Nota : bagi memudahkan pengiraan, boleh dan selamat dianggap bahawa peratusan populasi kaum di malaysia sama atau hampir sama dengan peratusan
pecahan kaum dalam daftar pengundi).
23.7% penduduk malaysia adalah orang cina. Dengan agakan bahawa 80% daripada pengundi cina menyokong pakatan, ini bermaksud daripada 50.10% undi popular
yang diterima PR 19% daripada datang dari masyarakat cina.
Masyarakat india pula mewakili 7.1% populasi Malaysia. Dengan anggaran 45% pengundi india menyokong PR, ini bermakna undi popular Pakatan daripada masyarakat
india adalah sebanyak 3.2%.
Persamaan disini : 50.10% (undi popular keseluruhan Pakatan Rakyat) - 19% (sokongan cina kepada PR) - 3.2% (sokongan india kepada PR) = X (sokongan Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Lain-lain kepada Pakatan)
Apakah jawapannya?
Setelah diteliti, dikaji dan dikira dengan menggunakan kalkulator yang tidak pernah digunakan Rais Yatim mahupun Papagomo, tahulah kita bahawa sokongan
melayu, bumiputera dan lain-lain kepada Pakatan Rakyat adalah jauh lebih tinggi daripada masyarakat Cina iaitu sebanyak 27.8%.
Masyarakat melayu bandar yang terdedah kepada sumber media yang pelbagai, berpendapatan sederhana dan tinggi dan mempunyai tahap pendidikan peringkat ketiga
telah meninggalkan umno. Melayu melayu yang menyokong umno hanyalah mat dan minah kampung yang tinggal di ceruk hutan dan felda-felda. Mereka ini kebanyakannya
berpendidikan spm atau srp dan mudah lena dibuai buletin utama serta utusan.
Fakta menarik : Masyarakat cina sanggup menolak calon cina MCA demi memilih calon melayu daripada parti pembangkang. Buktinya, calon - calon MCA kalah
di parlimen Larut, Raub dan Pandan ke tangan calon melayu...
sekian ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
0 respon:
Catat Ulasan