pen buruk online ™ : Isu Exco Selangor
Mula-mula kita diserang bertubi-tubi sebelum pilihanraya umum (PRU 13) oleh rejim Barisan Nasional. Dari isu air, sampah sehinggalah isu mak-mak janda menyaman kerajaan Selangor gara-gara dahagakan elaun.
(rujuk sini bang)
Akhirnya tersipu - sipu malu mak - mak janda ibarat anak dara yang baru pertama kali disunting. Mahkamah memutuskan kerajaan pakatan Selangor tidak bersalah.
rujuk sini ye bang ..)
Lepas peristiwa 505 di mana rejim Barisan Nasional telah berjaya ditumbangkan dengan bergaya, timbul pula isu jawatan Menteri Besar.
Azmin buat kecoh sehinggakan ada portal media yang dahagakan bahan selepas PRU 13 telah membuat spekulasi dengan mengatakan Azmin akan keluar pakatan dan mengheret 11 ahli parlimen lain bersamanya.
Azmin jangan jadi pengkhianat
Selepas dikirtik hebat, akhirnya Azmin telah membuat sidang media yang diubah lokasi awalnya dan menafikan berita tersebut. Azmin bimbang kena ludah dengan penyokong pakatan rakyat agaknya kot sebab tu dia buat cerita lain pulak.
(bang jangan klik ..)
Cerita jawatan MB Selangor tu mungkin bermula dari isu
(perempuan ini agaknya)
Selesai isu MB, timbul pula isu Exco. Tony wakil dari DAP Selangor bikin hati gua panas lagi ..
Melayu, tiga DAP untuk tempat calon bukan Melayu dan satu daripada PKR.
Sebelum ini, Pua yang dipetik dari portal The Malaysian Insider mendakwa, parti itu seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Abdul Khalid dan jawatan speker Dun.
“Semalam (kelmarin) kami dapati senarai nama yang lain.
“Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis. Ia adalah mesyuarat sekejap setengah jam,” katanya.
sumber sini
Berebut jawatan Exco pulak?
Formula 4:3:3 untuk PAS:DAP:PKR nampaknya tak menyenangkan hati DAP. Jika diikut bilangan kerusi PAS menang 15, DAP menang 15 dan PKR dapat 14 kerusi.
Memang nampak tak adil sebab DAP hanya dapat 3 kerusi exco. Tapi ia ada kaitan juga dengan syarat dan perkenan Sultan yang mahukan 6 orang melayu dan 4 oran gbukan melayu.
Bagi PBO edulikan semua bilangan kerusi tu. Fakta setiap calon yang telah menang pilihanraya bukan sahaja dipangkah undinya oleh penyokong parti tetapi dari parti lain juga. PAS undi PKR, DAP. PKR undi PAS dan DAP. DAP ....?
Elok sangatlah kalau nak duduk berbincang .. bincang elok-elok. Tapi kalau pemimpin - pemimpin pakatan kemaruk sangat jawatan sila serahkan kerusi masing-masing pada rakyat. Pandailah apa rakyat nak buat.
Jangan sampai kena ludah muka sudahlah wahai pemimpin pakatan!!
Kalau pemimpin-pemimpin pakatan masih lagi bangang dan anggap Selangor tu hak parti dan hak individu .. aku kata pergi jahanam. OK!
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
orang lain dah sebok uruskan negeri, dah meeting berkali-kali mcm mana nak tingkatkan ekonomi negeri.. selangor sampai la ni, kerajaan pon tak tertubuh lagi.. nama "pakatan" tp perbuatan "sendiri-sendiri".. ini yg nak sangat memerintah negara? nak melingkupkan boleh lah..
Catat Ulasan