Rabu, 29 Mei 2013

Semakin panas: AMK vs Pemuda PAS

Pemuda PAS Gombak membalas kritikan yang dilemparkan oleh AMK terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menuduh sayap PKR itu menjadi
penyambung lidah `macai’ Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.
Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Pemuda PAS menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan
media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali) mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena
dengan jawatan MB Selangor, kini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.
Shamsul didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap di kongres nasional PKR di sini pada hari Sabtu lalu.

Menurut Syarhan, AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan wakil-wakil rakyat PKR supaya tragedi
Perak tidak berulang lagi.

“Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihan
raya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada 2008.

“Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 Pakatan Rakyat dimalukan dengan insiden-insiden wakil rakyat PKR keluar parti seperti di Parlimen Bayan Baru, Parlimen
Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
PKR sambil lewa

Syarhan berkata, Inilah perkara yang ditegaskan oleh Abdul Hadi kepada semua rakan Pakatan Rakyat sepanjang perundingan kerusi pilihan raya umum.
Namun, katanya PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi.

Menurutnya, Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

“Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

“Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan
dengan wang ringgit.

“Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempoh hari,” tambah beliau.
PKR bermain kayu tiga

Syarhan mendakwa, tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu Pakatan Rakyat dan
perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat, katanya.
Ketua Pemuda PAS Gombak itu juga mengingatkan, AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka.
Katanya, ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihan raya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi
pilihan raya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.

“Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat
DUN menang besar,” katanya lagi.

PAS , menurut Syarhan, berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua
dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Beliau juga menasihatkan AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman Pakatan Rakyat bukan di media.
Pemuda PAS sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri, kata beliau.
Menurutnya, Pemuda PAS boleh menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yang mungkin tidak bersetuju.

Jadi elok kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab
itu.
Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai Pemuda Pakatan Rakyat yang ada akhlak dan adabnya, kata Syarhan.
-freemalaysiatoday-



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan bergadg sesama sendiri...UNO pasti suka lihat telatah kalian..

Tanpa Nama berkata...

Ini yang aku tak faham...kalau AMK dikatakan komen secara terbuka, yang TGHA keluar komen dalam video Youtube pasal calon PRU tempoh hari tu tertutup ke?

Tanpa Nama berkata...

apa yang pemuda PAS pertahankan???? perbuatan buruk pemimpinnya ke??? adakah itu sbg satu tanggungjawab kalian????

Tanpa Nama berkata...

Bodoh betul dua ekor ini. Sia-sia saja jadi ketua, tak ada otak nak berfikir yang perbuatan mereka tak membawa keuntungan apa pun, hanya kerugian.

Unknown berkata...

untuk orang yang mengangap islam nya lebih islam dari orang lain .dan pengikut-dan suku sakan anya . adakah anda lebih berani/lebih baik /lebih mulia/atau anda lebih betul dari pada orang lain kenapa anda tidak mencotohi AMIRUL MUKMININ UMAR BIN AL KHATTAB

Tanpa Nama berkata...

Pencacai Pas ini ibarat menang sorak kampung tergadi..mereka sangka PAS dah cukup kuat. Pas kena rombak semula, tukar Presiden baru, geng2 UG kena masuk UMNO, dan Din ayam patut disembelih masak kari..menyusahkan saja.