Ahad, 12 Mei 2013

Sampai bila BN akan kekal dengan sikap bodoh sombong mereka?

TAHUN malap dan malang buat BN ialah 2013. Mereka tidak boleh lagi berlagak bijak dan bodoh sombong seperti dulu. Para wakil rakyat mereka tidak boleh lagi ketagih untuk dicium tangan. Masa ini adalah masa terbaik untuk berkhidmat dan bukan lagi khianat.

Bagi kita, rakyat Malaysia, kalau jalan raya sanggup berarak, asap kanister pun mampu diharung, inikan pula di peti undi. Tidak ada siapa lagi yang mampu menangguh kesedaran nurani kita yang berani melakar perubahan politik Malaysia.

klik papar untuk butiran lanjut:-



Bagaimanapun, BN nampaknya masih bermimpi, mereka menuduh peralihan undi rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-13 ini sebagai satu perubahan akibat emosi dan sentimen perkauman. Sekali lagi, BN jerut leher sendiri.

Kalau tidak kerana orang Melayu memilih Khalid Samad daripada PAS di Shah Alam, sudah tentu bilangan orang Cina yang hanya sekitar 15 peratus takkan mampu memenangkan beliau. Dan kalau tidak orang Melayu memilih Wee Jeck Seng daripada MCA, takkan juga Madhzir Ibrahim yang mewakili DAP di Tanjung Piai tewas. Politik perkauman cuma mainan BN untuk meraih undi, realitinya, sudah lama orang Melayu boleh memilih calon bukan Melayu dan begitu juga sebaliknya.

Politik sumbat menyumbat


BN perlu akur, kita sudah sedar dengan bahaya perkauman, kita telah faham benar dengan politik projek parit longkang dan politik subsidi. Sebab itu juga, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik tewas ditangan Nurul Izzah Anwar biarpun bekas menteri itu agresif menyumbat segala macam pembangunan dan projek naik taraf kemudahan masyarakat di Lembah Pantai.

Adakah BN faham mesej yang disampaikan? rakyat memilih Pakatan Rakyat kerana mahu negara ini ditadbir oleh mereka yang benar-benar layak. Kita mahu Malaysia bebas rasuah, bebas diskriminasi, bebas monopoli, dan menjalankan segala dasar kerajaan yang pro-rakyat. Kita mahu politik baru, politik yang dicerahkan dengan ilmu, kefahaman dan fakta bukannya politik perkauman, politik fitnah dan rasuah.

Masa berlalu pantas meninggalkan cebisan hitam sejarah bangsa yang dikeronyokkan. Sebab itu kita tidak hairan bila Najib berjaya melakar prestasi terburuk dalam sejarah BN pada PRU-13 ini biarpun bukan sedikit duit yang ditabur.

Soalan mudah untuk BN


Membina bangunan, menyediakan ruang niaga, menyediakan bantuan membina reban ayam, kendang lembu dan kambing, memberi TOL tanam labu dan keledek, adakah ini hujah paling kukuh bagi BN untuk menyatakan mereka cukup berjasa dan perlu terus diberi kepercayaan untuk memerintah?

Adakah ini juga hujah terbaik BN yang berkata rakyat seharusnya bersyukur? Siapa pula yang membiayai segala projek kerajaan kalau bukan kita sebagai pembayar cukai.

Bagaimana pula dengan Altantuya? Teoh Beng Hock? Ahmad Sharbani? A Kugan? Memali? RCI Sabah? Ratusan bilion ringgit keluar secara haram? Kebanjiran PATI? Kemerosotan tahap pendidikan anak-anak kita? Lynas? Rapid? Kes mati dalam tahanan? dan lain-lain?

Kemudian, bagaimana pula dengan segala aduan dan rekod salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan kita terbeban dengan kos sara hidup yang makin meningkat? Sampai bila BN perlu mengajar kita untuk bersyukur? Sampai bila BN akan terus memainkan politik perkauman? Sampai bila BN mampu untuk mengawal daya fikir kita?

Malaysia telah sampai ke era pencerahan politik. Politik kolot dan hodoh bawaan BN ini memang wajar kita kuburkan. Sepertimana hodohnya design poster dan kain rentang mereka, dan seperti berkuburnya politik Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Ali Rustam, Chua Soi Lek, Abdul Ghani Othman dan lain-lain.–


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: