Rabu, 15 Mei 2013

Petanda pepecahan PAS - PKR?

Artikel ini aku petik dari salah satu blog pro UMNO-BN. Jangan emo, baca dan teliti dulu apa dia tulis. Dalam keghairahan kita menyokong dan mengundi pakatan pada PRU yang lalu, ada bunga-bunga tak sehaluan yang tidak kita sedari telah berlaku. Soalan benar atau tidak itu haru dijawab sendiri oleh presiden PAS.

Jika anda seorang pemerhati yang cekap, anda akan lihat Jentera PAS yang memasang bendera PAS seperti di Kajang, Putrajaya, Bangi, Sepang, di Kedah, Perlis malah di Johor, majoriti jentera PAS tidak mahu memasang bendera PKR berselang-seli dengan bendera PAS.

Pasti ada arahan pihak atas. Hanya orang PKR yang terhegeh-hegeh memasang bendera mereka dekat bendera PAS atau memasang bendera PAS di premis/kenderaan mereka.

baca lagi ..


Di Merotai dan Kalabakan sendiri, sahabat saya Tn Hj Ahmad Dullah yang menjadi calon PAS di Merotai tidak dilayan dengan baik oleh Anwar semasa Anwar ke Tawau.

Di atas pentas calon-calon PAS tidak diangkat tangan mereka oleh Anwar walaupun berdiri dekat Anwar. Orang senior seperti ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/breaking-news-pemimpin-pas-akan.html melihat perbuatan Anwar itu kerana membalas dendam ke atas tindakan Hj Hadi tidak mengiktiraf Calon PKR di Damak, Kuantan.

Saya tahu awal juga bahawa PKR Kalabakan tidak senang dengan perbuatan PAS Kalabaan yang mengumumkan lebih awal calon-calon mereka dengan mengenepikan PKR dan DAP yang merupakan Pakatan mereka bersama.

Malah di Kota Damansara, Hj Hadi tidak menghalang Jentera PAS untuk membantu calon PAS walaupun di sidang akhbar mereka mengakui calon PKR di Kota Damansara.

Begitu juga di Sg. Acheh, calon PKR Chegu Bard bertelagah dengan Calon PAS. Makna di sebalik semua cacamerba ini ialah, PAS sudah bersedia meninggalkan PKR dan Pakatan, saya yakin ianya akan berlaku selepas PRU13. Saya lebih suka jika PAS mufaraqah sebelum 5/5/2013.


‘CERITA PAKATAN KETIGA PAS’

Profesor Dr. Sidek Baba memiliki maklumat jelas mengapa semua rakyat mesti menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. Prof. Dr. Sidek Baba sudah menghuraikan banyak, saya tidak hendak ulas itu, saya hendak mengulas yang belum anda ketahui.

Di Parlimen Shah Alam, nama yang sudah dicadangkan ialah Datuk Dr. Hassan Ali sebagai Calon BN. Namun Datuk Dr. Hassan Ali bukanlah kemaruk kuasa seperti Anwar. Jika Datuk Dr. Hassan Ali bertanding dia boleh menang, tetapi apakah keuntungan jangka panjangnya.

Dalam konteks PRU13, Presiden PAS Hj. Hadi Awang mula MENYERANG Anwar walaupun masih berlapik. Kata Hj. Hadi, kita tak mahu Calon jual Pil Kuda PKR. Kita tak mau calon Karl Marx dan Stalin serta Komunisme. Semua itu mengkritik pedas Anwar.

Kemuncaknya di Damak, Kuantan Hj Hadi menyeru pengundi untuk mengundi calon Bebas bukan calon PKR!

PBO: dapat khabar juga parlimen Bera juga ada calon bebas yang merupakan ahli PAS. Macam mana tu TGAH?


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Dan lagi2 PAS dan lagi2 PAS dan lagi2 PAS....Cara selamat dalam berblog....tikam rakan sendiri tak kena saman tak yah tido lokap....

Tanpa Nama berkata...

Pas kalah di Kedah kerana puak UG.
Pas prestasi merosot pd PRU 13 kerana puak UG.
Pada PRU 14, BN berjaya merampas Kelantan kerana puak UG.
Siapa puak UG? Carilah sendiri....

Unknown berkata...

kt tmpt saya di johor, ok je sama2 psg bendera,kt markaz pas petugas pas dap pkr sama bt kerja, saya rasa ni saja nk kasi wujud syak wasangka sesama pakatan,berita pn dipetik dari blog pencacai boleh percaya ke?

Tanpa Nama berkata...

Bosan la,.. dulu aku tgk ubn teruk,. Tapi skang perangai Pr lagi la buruk,. 2 blm dpt Putrajaya lg,.. dh la kena main dgn dap,. YE,.. kena main dgn puak evengalist dap,.. aku dulu sekolah sjkc,.aku fhm bahasa cina,.. dekat 2 tahun sebelum pru aku dh nmpak propaganda dapigs ni,. BKn kt fb, twitter atau blog je,.. dkat astro aec chanel 301 p terang2 dia kutuk melayu,. TP aku ttp mata dgn telinga pasal aku Non Partisan yg nk duba mngkn pr kali ni.. tp Pru 14 nnt sori la..dan aku yakin ramai yg xde parti mcm aku akan swing blik vote utk pastikan agama dan bangsa kami x diperkotak-katik kan di tanah air sendiri,..aku x ckp pasal org melayu je,.og india pn dh sdr benda ni..