Pertamanya kami tegaskan, kami tidak bersetuju sama sekali jika benar ada ADUN BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan negeri di Perak. Kami berharap kepimpinan PR tidak mengulangi 'kemarahan rakyat' ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama. Keduanya bagi kami, jika ketidakpuasan hati ADUN BN terhadap kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir adalah masalah diantara mereka dan tiada kaitan dengan PR sama sekali.
Walaupun pelbagai cerita yang dimaklumkan beberapa janji Datuk Seri Zambry yang akan melantik EXCO mengikut daerah tetapi hasilnya dilihat gagal antaranya Daerah Kerian dan Kuala Kangsar serta termasuk beberapa ADUN yang lebih 'senior' masih juga tidak dilantik. Ini tidak termasuk Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Kawasan Bota yang pernah dijanjikan EXCO oleh Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali dahulu yang pernah dikatakan merajuk dan keluar parti dahulu masih juga tidak dilantik.
Tetapi bagi kami, jika benar beberapa orang ADUN BN yang ingin melompat, sepatutnya dikembalikan kepada rakyat iaitu memberikan usul tidak percaya kepada Datuk Seri Zambry dan seterusnya membubarkan DUN Perak bagi diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Negeri Perak. Inilah cara yang terbaik dan sewajarnya kepada ADUN BN yang menolak kepimpinan Datuk Seri Zambry dan peluang rakyat memilih kembali PR untuk memerintah Perak!
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan