Selasa, 21 Mei 2013

PAS akan rugi jika ..

kemaskini oleh: pen buruk online ™ : UMNO - PAS bergabung

Meskipun Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah menegaskan bahawa parti itu tidak sekali-kali akan bergabung dengan UMNO, tetapi masih ada suara-suara kecil
yang mahu kedua-dua parti itu bergabung. Pelbagai alasan diberikan untuk menjustifikasik­an penggabungan itu, antaranya untuk kepentingan Melayu, memertabatkan
Islam dan bagi yang ekstremis pula melihat hanya dengan penggabungan itu saja dapat menghantar karier politik Anwar Ibrahim ke titik kematian.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berulangkali mahukan orang Melayu dan Islam di negara ini menjadikan matlamat penyatuan Pas dengan UMNO
sebagai usaha yang berterusan demi kepentingan umat dan Islam. Dr Hassan Ali yang sudah dipecat dari Pas juga mahu penyatuan itu menjadi realiti suatu
hari nanti.

baca lagi ..





Dalam UMNO juga ramai yang melihat keperluan kepada penyatuan itu. Berbagai hujah dan alasan turut diberikan. Alasan yang paling banyak ialah demi kepentingan
Islam dan Melayu dan agar bangsa lain tidak sewenang-wenang­nya berbuat sesuatu di negara ini.

Bagi yang melihat Anwar sebagai ancaman kepada UMNO pula merasakan hanya dengan Pas meninggalkan Pakatan Rakyat sajalah karier politik Ketua Pembangkang
yang masih gigih memburu Putrajaya itu dapat dititiknoktahka­n.

Sementara Pas makin didesak agar menerima huluran tangan penyatuan itu, pemimpin Pas pula kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan ke arah itu. Haji
Hadi mengatakan UMNO dalam keadaan hampir lemas dan sekiranya Pas mendekati mereka, dibimbangi Pas juga akan turut ditarik tengelam sama.

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula sejak dulu kekal dengan pendiriannya bahawa penyatuan hanya munasabah dilakukan jika UMNO bersedia meninggalkan perjuangan
kebangsaannya dan menerima Islam sebagai arah tujunya yang baru. Pemimpin yang lainnya juga berpendirian hampir sama walaupun sebelum pilihanraya lalu
terdapat kecenderungan sesetengah pemimpinnya terhadap idea penyatuan itu.

Ada juga yang berhujah bahawa dengan BN memiliki 133 kerusi Parlimen dan sekiranya Pas yang mempunyai 21 kerusi bergabung dengan BN ia akan menjadikan
BN memiliki 154 kerusi, sekaligus melompat daripada majoriti mudah kepada kedudukan majoriti dua pertiga. Kononnya dengan kedudukan itu, maruah Islam dan
Melayu akan meningkat serta sentiasa dapat dipertahankan.

Benarkah hakikat itu?


Dalam sejarahnya, usaha penyatuan ini seringkali kedengaran hanya di ketika UMNO lemah. Di ketika UMNO kuat, bukan saja penyatuan itu ditolak, bahkan Pas
sentiasa diperlekeh dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan yang bertujuan menghakis kepercayaan umum terhadap parti itu.

Sebelum pilihanraya yang lalu lagi, suara ke arah penyatuan ini sudah kedengaran. Sebabnya amat jelas iaitu UNNO sedang dalam kedudukan 50-50 ketika itu.
Selepas pilihanraya, dengan keputusan yang menyaksikan BN tidak berupaya menambah baik kedudukannya berbanding 2008, suara perpaduan dan penyatuan ini
sekali lagi didendangkan.

Sebabnya juga jelas iaitu bukan saja kerana UMNO dan BN terus di kedudukannya yang lemah tetapi juga untuk menonjolkan kepada umum seolah-olah UMNO itu
cintakan perpaduan.

Dalam situasi politik pasca pilihanraya ini, tidak diragui lagi bahawa idea penyatuan Pas dengan UMNO hanyalah untuk menguntungkan UMNO dan BN semata-mata.
Ia tidak memberi keuuntungan kepada Pas, jauh sekali untuk mendatangkan keuntungan kepada rakyat.

Dengan bergabung bersama UMNO, Pas terpaksa akur dengan kuasa dan keangkuhan pemimpin-pemimp­in UMNO. Pas hanya akan menjadi pak turut kepada pelbagai dasar
dan pendekatan baru yang cuba diperkenalkan bagi memastikan kesinambungan parti itu menggenggam kuasanya.

Sebaliknya melalui majoriti mudah yang ada sekarang, para pemimpin UMNO dan kerajaan terpaksa melipatgandakan­ usaha menunaikan kehendak rakyat. Mereka
terpaksa menjadi rajin turun padang berbanding sebelumnya. Penyatuan Pas dengan UMNO hanya akan menyebabkan BN mempunyai kuasa dua pertiga dan ini menyebabkan
berlakunya kecenderungan membuli rakyat.

Berbanding ketika UMNO dan BN memperolehi majoriti dua pertiga dengan keadaannya selepas 2008, terbukti bahawa dengan majoriti mudah menyebabkan mereka
lebih prihatin, rajin turun padang serta pemurah kepada rakyat. Program bantuan dan kemudahan untuk rakyat didapati lebih banyak berbanding sebelumnya.

Kedudukan Pas kekal bersama Pakatan Rakyat sebenarnya jauh lebih bermanfaat, bukan saja untuk parti itu tetapi juga untuk kemaslahatan umum dan kepentingan
rakyat, berbanding jika memilih jalan penyatuan dengan UMNO. Peranan check and balance juga dapat dilakukan dengan lebih berkesan melalui kedudukannya
yang ada sekarang yang akhirnya rakyat juga menikmati manfaatnya.

Pas kini sudah menguasai Kelantan dan menjadi majoriti dalam kerajaan negeri Selangor. Ini menunjukkan penerimaan rakyat luar bandar dan bandar terhadap
Pas menjadi semakin baik. Apa yang perlu dilakukan Pas hanyalah memperbaiki beberapa kelemahan tertentu dalam organisasinya dan kekal menjadi pesaing kepada
UMNO. Kedudukannya sebagai alternatif kepada UMNO harus dikekalkan. Bersatu dengan UMNO hanya akan menyebabkannya tenggelam.

Sama ada dapat menggenggam kuasa dan menawan Putrajaya, ia harus dijadikan pilihan kedua. Jika berjaya, Alhamdulillah tetapi jika tidak berjaya, peranannya
sebagai pengimbang serta tukang check and balance kepada sang penguasa tetap ada.

Dan ia jauh lebih berwibawa daripada memilih jalan penyatuan dengan UMNO


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 PAS yang mirip pada UMNO/UG kali ini akan disingkirkan terus dalam semua peringkat pemilihan kali ini. PAS akar umbi nak polish habis karat-karat biru yang melekat dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

tahniah admin,ulasan mcm ni baru membina,hati penyokong pas tak terluka berasaskan fakta bukan persepsi tapi biarlah PAS DGN KONSEP SELAGI TAK MERUGIKAN ISLAM,(dimertabatkan) org islam patut sokong sepenuhnya.