Saya baru menerima panggilan telefon dari seorang rakan (korespondan) saya yang kini berada di hadapan Balai Polis Lumut Perak. Menurutnya waktu ini berlaku kekalutan di hadapan balai polis itu bila mana SPR cuba membawa peti-peti undi pos yang disimpan dalam lokap di balai polis itu ke satu tempat yang tidak diketahui.
Tindakan SPR itu dibantah oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah berkawal di balai polis berkenaan untuk menjaga keselamatan peti-peti undi berkenaan.
Ekoran serbuan orang ramai yang membantah tindakan SPR itu menyebabkan usaha membawa peti undi itu tidak berjaya. Sudah pasti kalau tidak ada tindakan agresif peti-peti undi itu akan dibawa keluar dari lokap.
Peti-peti itu undi adalah keras undi pos untuk parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang, Setiawan dan Pangkor. Kerusi parlimen Lumut ditanding Mohd Imran Abdu Hamid.
Dalam pada itu menurut rakan itu permit atau keizinan yang diberikan kepada beberapa orang untuk mengawal peti undi berkenaan juga ditarik balik. Waktu ini usaha sedang dilakukan untuk berunding dengan pihak polis supaya permit itu dikembalikan semula dan kawalan ke atas peti undi itu diteruskan.
Apa yang pelik dengan kejadian ini kenapa SPR awal-awal lagi hendak memindah peti undi berkenaan dan kenapa tidak tunggu sehingga habis waktu mengundi 5 Mei ini. Kalau pun ianya dibuat atas alasan untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan itu tetapi biarlah ia dilakukan dengan telus dan terbuka.
Sesiapa pun akan merasa tidak puas hati sekiranya peti-peti undi itu dipindah begitu saja tanpa apa apa-apa kawalan atau wakil parti yang memantaunya. Sepatutnya SPR memahami perkara ini dan mengambil tindakan secara profesional bagi mengelakkan kekecuhan dan sekaligus mencemarkan nama baik SPR yang sudah pun tercemar
hmmmmm.....bengong punya spr tak guna betul lah....cuma pandai tipu sahaja........moto sahaja yang kata adil, saksama dan bertanggungjawab tapi rupanya tak BERSIH langsung.....memang terbukti bn pandai RASUAH .......APA PUN TAK PANDAI.....
1 respon:
hmmmmm.....bengong punya spr tak guna betul lah....cuma pandai tipu sahaja........moto sahaja yang kata adil, saksama dan bertanggungjawab tapi rupanya tak BERSIH langsung.....memang terbukti bn pandai RASUAH .......APA PUN TAK PANDAI.....
Catat Ulasan