Lari mereka meninggalkan perjuangan suci bersama rakyat yang dizalimi oleh para pemimpin rasuah dan gila memperkaya anak bini, adik beradik dan krooni-krooni.
Mereka mengadaikan diri, maruah dan perjuangan kebenaran dan keadilan dalam Negara ini. Nah apa yang terjadi kepada mereka yang telah melarikan diri
dari perjuangan suci mulia ini, mereka menerima sendiri akibatnya.
Zulkifli Nordin, Gobalakrisnan, Bahrin, Ibrahim anak lelaki Ali,Dr Hasan Ali, Ezam anak lelaki Md. Nor dan ramai lagi. Walaupun mereka mahu berkokok seperti
ayam jantan di pentas umno/BN, nilai mereka dah jatuh merudum kerana mereka sendiri mengadai diri, maruah dan jati diri mereka.
Dulu mereka dikerumuni sekalian rakyat jelata di mana saja mereka berada, kerana prinsip perjuangan mereka yang suci mulia.
Setelah mereka berpatah balik ke lorong hitam kezaliman untuk bersekongkol bersama golongan perasuah, zalim, menentang kebenaran, kebaikan dan keadilan
yang dirindui sekalian rakyat marhaen.
Dapatlah mereka setitik laba untung dari kebendaan, pangkat dan kedudukan yang diberikan oleh umno/BN sementara hidup ini.
Hakikatnya mereka mengalami kerugian yang lebih besar yang hanya mereka sendiri rasakan. Itulah antara kisas balasan bagi mereka yang lari daripada medan
perjuangan suci mulia ini. Perjuangan membela rakyat yang dizalimi, perjuangan membebaskan rakyat, negeri dan Negara daripada para perasuah, pelahap, penipu
rakyat yang berada ditampuk kuasa yang sementara.
Rakyat Malaysia tidak ingin lagi ada pemimpin yang berwatak sedemikian. Rakyat Malaysia tak nak lagi pemimpin-pemimpin yang tiada prinsip dan tiada pendirian.
Rakyat Malaysia nak pemimpin-pemimpin yang berwatak gah, hebat, tahan diuji, tidak mudah undur ke belakang walau sekuat manapun mehnah, ujian dan tekanan.
Rakyat Malaysia benar-benar rindu dan sayangkan pemimpin-pemimpin yang tahan diuji seperti Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Mustafa Ali, Lim
Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain.
Rakyat Malaysia menaruh harapan tertinggi setinggi-tingginya kepada seluruh saf pimpinan golongan muda Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP supaya tidak mudah digoda
kebendaan, wang ringgit, pangkat dan kedudukan yang boleh meranapkan nilai diri yang tinggi dan mulia milik anda sekalian.
YB Azmin, YB Husam, YB Rafizi, YB Nasruddin, YB Nik Abduh, YB Anthony Loke, YB Teo Kok Siong, YB Samsul Iskandar, YB Nurul Izzah, YB Mumtaz, YB Dr Marzuk,
YB Ahmad Baihaqi, YB Nik Nazmi dan lain-lain ramai lagi. Kalian semua merupakan ikon golongan muda rakyat Malaysia untuk membawa perubahan berterusan dalam
Negara ini.
Jika anda semua kecundang kepada hawa nafsu serakah berebut harta, kuasa, kedudukan, pangkat dan wang ringgit. Percayalah anda semua akan rebah di bumi
tanpa harga diri dan hilang segala kemuliaan.
Bukti dan dah pun terbukti rakan seperjuangan kalian suatu ketika dulu yang telah lari dari medan perjuangan mulia ini, sesungguhnya nilai intan berlian
dan keemasan yang bertakhta pada diri seperti Ezam, Lokman Adam, Nasrudin Mat Isa, Hasan Ali, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan lain-lain lagi, hilang perlahan-lahan
kerana dek panahan kebendaan yang sementara saja.
Yang pasti mereka hari ke hari ditelan masa dan zaman, lalu hilang ditelan zaman.
Ya Allah kurniakanlah pemimpin-pemimpin kami kekuatan, keimanan dan prinsip serta pendirian yang teguh, tetap dan tidak sekali-kali akan digoda oleh nafsu
serakah cinta kebendaan dan cinta dunia yang melunturkan semangat juang mereka.
Ya Allah jadikanlah para pemimpin kami ini pemimpin-pemimpin yang tetap teguh dengan amanah, adil dan bersama sekalian rakyat marhaen meneruskan perjuangan
menegakkan keadilan, kebaikan dan kebenaran sehingga keadilan dan kebenaran tertegak dalam negeri dan Negara kami.
Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami dan para pemimpin kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mulia suci ini.
Amin ya Allah kabulkan doa-doa kami hamba-Mu yang lemah dan dhaif ini. TaqabalaLlahu minna wa minkum.
ALLAHU AKBAR!!!!!!
PBO: korang dah ada senarai calon-calon yang bakal lompat katak? Kita bagi basuh dia kat sini...!
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
14 respon:
Bhai PBO...
Dah ader dah senarai tue... tapi yer la... kalu gua tulis orang akan kata fitnah... tapi kalu pemimpin yang buat fitnah... orang tak kata itu fitnah... hahaha
kalau tak tahan godaan RM, mesti hanyut punya
apa masalahnya tulis jer lah siapa...tapi yang pasti bukan nurul izzah kot hehe...
oh yer satu lagi... head line ngan artikel tu kalau boleh biarlah kene...kalau setakat nak beri nasihat atau warning bagi ler headline macm ni " awas pada katak! Melolong panggil hujan akhirnya disambar petir" kan bagus....
haram bagi aku untuk menghalalkan tindakan mereka sekiranya perkara ini benar-benar terjadi...Kalau hangpa berani lompat silakannn tapi kita jumpa di akhirat.Din Kubur Panjang Kedah
awas kepada YB PR yang nak melompat, siapa melompat akan jadi 101% katak
biasa la...rm da dalam tangan da...lum masuk je dalam poket...dok kira2 ni
Lompat diatas dunia mati masuk neraka diakhirat tak amanah pada rakyat yg undi mereka.
ayuhhh... lompat semua tinggal kan nuar sorang mati dlm PKR...
Katak puru sekor ni sekali aku lesing kata Hj Bakhil!
Ramai betul penjilat kasut cina dalam blog ni. Termasuklah yg pakai kopiah putih tu.
Hang penjilat apa? Mamak?
jilat juboq mamak yg hitam legam....eeeiiiiiiii!...uwekkkkkk!
orang sokong umno hipokrit kr ade kptngan x pe tgk bile nkmati hang rase la..........
tahniah sememangnya pru13 adalah pru penipu dn putar belit macam mamak
Catat Ulasan