Jumaat, 3 Mei 2013

Akta Rasmi: Milo Suam direman dua hari

Bloger Milo Suam yang ditahan malam tadi akan direman oleh pihak polis selama dua hari bermula hari ini.

Peguamnya New Sin Yew ketika dihubungi Harakahdaily berkata, Milo Suam atau nama sebenrnya Yusuf Al Siddique Suratman ditahan untuk disiasat berhubung penyiaran dua artikel di blognya yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).




Artikel tersebut merupakan satu dokumen rasmi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, yang disiarkan di dalam blog berkenaan baru-baru ini.

"Hari ini pihak polis telah membawa beliau ke hadapan majestret dan telah dibenarkan untuk menahan beliau selama dua hari bagi tujuan siasatan.

"Kita akan tunggu sehingga esok sama-ada polis akan membuat permohonan untuk lanjutkan tempoh tahanan atau tidak," katanya.

Polis katanya menyiasat anak guamnya itu dibawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sementara itu beliau memberitahu, anak guamnya itu masih berada dalam keadaan sihat dan pihak polis masih belum mengambil sebarang kenyataan dari beliau.

Milo Suam, 29, ditahan di pekarangan sebuah pasar raya di Setia Alam, Klang, pada pukul 8 malam tadi.

Tapi blogger pro UMNO fitnah Milo Suam cuba larikan diri ke luar Negara, ditangkap di KLIA.. rujuk

sini

Kita personal juga kenapa blogger seperti papagomo tidak dikenakan tindkan yang sama oleh pihak kerajaan dan polis? rujuk
sini



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah...
Ditahan di bawah Akhta RAhsia Resmi kerana membongkar kelemahan system yang diwar2kan oleh penipu kononnya paling baik. Memang karton....memang lucu... memang BAHALOL.

Sepatutnya peniopu2 ini besyukur kerana ada manusia yang berhati mulia menegur kelemah mereka utk diperbaiki. INi tidak....ditangkap...kemudia di dakwa di bawah akhta itu. Takkah BANGANG namanya...