Jumaat, 17 Mei 2013

Kabinet Najib lawan Mahathir?

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : cabinet Najib 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengumumkan barisan kabinet barunya semalam, menyifatkannya sebagai ‘kabinet berimbang’ merangkumi
mereka yang berpengalaman, ahli teknokrat dan generasi muda.
Beliau yakin barisan itu mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap
kerajaan.

Begitu pun, tersingkap mesej yang lain yang hendak ditekankan Najib jika dilihat dari tokoh dan keperibadian senarai menteri dan timbalan menteri yang
dipilih menganggotai kabinetnya, seolah-olah tersembunyi seribu satu rahsia.

Walaupun kabinet ini nampak berimbang tetapi ia juga merupakan satu barisan kabinet bersifat ‘pertahanan,’ jika diteliti beberapa watak yang terdapat
di dalamnya (kabinet).
Najib yang dipilih untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusaha
untuk menjauhkan diri dan membebaskan dirinya dari bayangan pengaruh Dr Mahathir.

Pertama, beliau melantik Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Belia dan Sukan, menantu Pak Lah yang dilihat berpengaruh
ketika Pak Lah menerajui pentadbiran Putrajaya pada suatu ketika dulu.

Walaupun Khairy pernah terpalit dengan rasuah ketika Perhimpunan Agung Umno dahulu dan hanya diberi amaran oleh Lembaga Tatatertib Umno, pelantikannya
dilihat sebagai usaha Najib untuk mempertahankan dirinya (Najib).

Satu aset

Dalam usia muda 37 tahun, beliau merupakan seorang tokoh Umno yang lantang bersuara dan berani mengkritik Dr Mahathir dan kini Najib menganggap Khairy
sebagai satu aset untuk menepis ‘serangan’ Dr Mahathir terhadap corak kepimpinannya.

Begitu juga dengan pelantikan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan yang berani mengkritik Dr Mahathir. Sebab itu, beliau memberinya jawatan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Nampaknya Najib benar-benar memanfaatkan pengalamannya ketika menjadi Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu di mana beliau banyak mempelajari selok
belok pasukan keselamatan menyusun strategi pertahanan.

Najib masih ingat lagi bagaimana Pak Lah diturunkan dari takhta atau posisi nombor satu kerajaan pada tahun 2009. Ingatannya masih segar bugar bagaimana
Tan Sri Muhyiddin Yassin mula melancarkan serangan terhadap Pak Lah.

Sebab itu untuk lebih berhati-hati Najib mengekalkan Muhyiddin di tokok lama, Menteri Pelajaran sahaja dan beliau tidak diberi jawatan yang lebih senior
dalam kabinet baru ini, melainkan dengan menokok tambah tugas dan dicantumkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Nasib baik dua tokoh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), kalau tidak Dr Mahathir lagilah
naik ‘tocang’.

Kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin, yang dianggap mempunyai pandangan yang extreme dan rasis
itu dapat ditewaskan. Seorang kecundang di Pasir Mas dan seorang lagi tersungkur di Shah Alam.

Kabinet bermasalah


Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, kabinet Najib ini juga terdapat di dalamnya tokoh yang bermasalah seperti Ahli Parlimen Pasir Salak
Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir pula menempelak Tajuddin menerusi tulisannya dalam laman Twitter “Six million dollar man Umno mendapat
jawatan timbalan menteri”.

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan
kedudukannya sebagai ketua bahagian.

Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd
bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.

Dengan melantik mereka yang pernah terlibat dengan rasuah, apa yang Senator Datuk Paul Low Seng Kuan boleh lakukan. Presiden Transparency International
Malaysia (TI-M) itu dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membanteras gejala rasuah.


Kita lihat nanti apa yang Paul Low boleh lakukan supaya kabinet Najib dilihat sebagai sebuah kabinet yang telus dan bersih serta bebas dari rasuah.

Kenyataan Rasmi Kelab Che Det Tolak Khairy Jamaluddin Sebagai Menteri


klik butang papar untuk butiran lanjut:


Kelab Che Det (KCD) dengan ini MENOLAK perlantikkan YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penuh dalam barisan menteri kabinet Malaysia atas sebab-sebab yang mungkin masyarakat umum telah sedia maklum dan beberapa faktor penting lain yang tidak dibincangkan secara terbuka.

Walaubagaimanapun, penolakkan ini tidak sedikit pun menjejaskan sokongan KCD kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO secara keseluruhannya.

Sekian. Harap maklum.

Presiden



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: