Rabu, 22 Mei 2013

Hati Zahid perlu "dirawat"

Lagak angkuh Zahid sebaik menjadi Menteri Polis begitu memualkan. Jika Hishamuddin sepupu Najib begitu meloyakan, kini Zahid lebih angkuh,sombong dan
berlagak.

Hari ini Zahid dilaporkan memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini agar tidak membuat laporan dengan memutar belitkan kenyataan. Kata Zahid, "anda
(wartawan Malaysiakini) selalu putarbelit kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tidak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya, anda tulis elok-elok".

Sasaran Zahid :

a) Media alternatif seperti Malaysiakini.
b) Anak muda. Adam Adli sudah kena "tumbukan" Zahid.
c) Seluruh rakyat Malaysia yang bantah keputusan PRU 13. Cari negara lain jika tidak setuju.
d) Anwar Ibrahim. " Ini juga bukan negara bapa kamu...."

Ingatkan hanya Mat Said sahaja yang angkuh,bongkak dan samseng ala Sharif Dol dan samseng tahi minyak !

Cuba ingati kembali ucapan terakhir Zahid selaku Ketua pemuda UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO sebelum di sumbat dalam ISA kerana membela Anwar.

Zahid, hari ini anda di atas. Esok lusa bagaimana pula kedudukan anda?

Hari ini, bolehlah angkuh, sombong,ego dan 1001 kali takbur. Langit tidak semestinya selalu cerah.

Nampaknya kes saman ke atas Zahid kerana pukul orang awam(
Amir Bazli Abdullah)
semakin jauh dan jauh.  Mananya tidak, sekarang Zahid sudah jadi Menteri Polis, takkan polis nak soalsiasat Menteri Polis!

Zahid, hati anda perlu dirawat. ~TKO


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: