Setelah menyerang setiap artikel Harakahdaily bertubi-tubi samada di Facebook Harakahdaily atau di web, akhirnya cybertrooper Umno yang terkenal “Lans Koperal Tangkap Lalat” akhirnya bertaubat.
Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –
“Assalamualaikum.
Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.
Saya tahu saya banyak berdosa.
Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.
Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.
Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga.
Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.
Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.”
PBO: betul ke .. jangan cepat percaya dulu. mungkin fb dia kena godam. tapi kalau benar dia dah berubah, kita bagi kredit pada dia kerana berani berubah. Ini kalilah... bila papgomo nak bertaubat?
1 respon:
politic
should not include defaming
Catat Ulasan