Sementara itu, Papagomo pula didapati menulis 'tweet' berbaur hasutan dan perkauman yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam pada jam antara 5.02 petang dan 5.05 petang semalam.
Kedua-dua mereka akan direman untuk siasatan dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Maklumat penahanan mereka turut diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia melalui Twitter.
Selain itu, siasatan terhadap seorang lagi blogger, MiLo Suam telah selesai dan blogger tersebut telah dibebaskan pada 4 Mei yang lalu.
Kertas siasatan terhadapnya turut telah dihantar kepada peguam negara.
Sementara itu, dua laporan polis telah dibuat di Bangsar dan Nibong Tebal berhubung laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang berbaur perkauman pada hari ini.
Kes tersebut akan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah.
Beliau menasihatkan kepada semua pengguna media sosial agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum memuat naik ke blog mereka atau mana-mana media sosial dan perlu ada sikap tanggungjawab dan integriti yang tinggi kerana maklumat yang disampaikan akan memberi impak kepada masyarakat, khususnya pengguna Internet.
"Pengguna Internet tidak seharusnya memainkan isu-isu sensitif seperti perkauman, keagamaan dan sebagainya yang boleh menggangu gugat keharmonian dan keamanan negara yang berbilang bangsa dan agama di negara," katanya lagi.~BAA
sumber lain:
Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.
Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
0 respon:
Catat Ulasan