(Mukhris tengok ke kiri, Ahmad Bashah tengok ke kanan)
Namun, negeri Jelapang Padi itu hanya kekal menjadi kubu kuat BN sehinggalah ia berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU-12 tahun 2008.
Sejak selepas PRU-12 yang menyaksikan tsunami kecil membadai Kedah dan beberapa negeri lain, BN mula gelisah akan kehilangan lagi kuasa di beberapa negeri.
Malah BN bercakaran sesama sendiri khasnya dalam meletakkan siapa pengendali yang akan mengepalai jentera negeri-negeri yang mereka tewas pada PRU12.
Begitu juga di Kedah, ianya berlaku sedemikian rupa sehinggalah selepas penamaan calon 20 April lalu dan kempen PRU-13 yang ketika analisis ini ditulis
hanya tinggal tiga hari sahaja lagi.
BN Kedah khasnya Umno berpecah dua, Tun Mahathir Mohamad mahukan Calon Dun Ayer Hitam, Datuk Mukriz yang juga anaknya menjadi Menteri Besar agar agenda
beliau boleh diteruskan.
Sementara di peringkat Pengerusi Umno Negeri, Datuk Ahmad Bashah Mad Hanapiah pula tidak rela 'budak mentah' seperti Mukriz lebih menonjol untuk diletakkan
sebagai calon MB.
Akhirnya percakaran berlaku, namun semuanya tidak dilaporkan media arus perdana. Selesai penamaan calon, pemimpin bahagian yang tidak dicalonkan dalam
'team transformasi' mula membuka langkah mensabotaj calon yang diperkenan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut sumber, sabotaj dalaman berlaku di Pendang kerana pencalonan Datuk Othman Abdul tidak disenangi Ketua Bahagian, Datuk Rozai Shafian, selain tindakan
ulama Umno, Datuk Fadzil Hanafi mengambil jalan menjadi calon Bebas di Alor Mengkudu kerana pencalonan Syarifah Maznah Syed Kasim Barakhbah.
Malah di Dun Sungai Tiang, Datuk Soraya Yaakob yang juga penyandang kini berdepan kebangkitan kaum Siam menolak BN, selain di Dun Pedu dan Kuala Nerang
yang mengalami gelombang yang sama selepas kemasukan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Sanramsak Kram menyertai Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP).
Situasi ini melemaskan BN yang melihat kaum Siam adalah aset tetap mereka sejak 55 tahun lalu.
Dalam masa yang sama, PAS dikatakan mampu mengekalkan 16 kerusi Dun yang dimenangi sebelum ini selain menambah kerusi di kawasan yang memiliki pengundi
Siam dan bukan Melayu yang agak tinggi.
Selain faktor kebangkitan rakyat, di pihak BN pula bergelut dengan manifestonya yang menjanjikan bulan dan bintang, namun tidak diterjemahkan sebaiknya
kepada pengundi berikutan kempen mereka yang jauh mendasari sentimen perkauman.
Hala tuju BN Kedah terbantut tidak mampu membuka mata rakyat mengenai komitmen mereka untuk memajukan Kedah kerana rekod pentadbiran lampau dengan skandal
RM403 juta kerugian masih tidak terjawab.
Sedangkan Pakatan Rakyat telah mengagendakan manifestonya lebih kepada perubahan sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan yang ada, namun ianya dekat
kepada rakyat untuk merasai nikmatnya.
Biarpun ramai yang mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun kebanyakan rakyat selesa dengan cara itu yang lebih dekat
kepada rakyat.
BN mencipta isu termasuk isu pembalakan di Hutan Pedu, isu pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN); isu Plaza Tengku Yaacob yang menyebabkan Surau Salihiah
terpaksa dipindahkan, isu pembinaan 12 masjid dan isu perbezaan pandangan dalam PAS di Kedah.
Namun, seperti kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, semua isu itu sengaja direkayasa untuk memburuk-burukkan PAS, sedangkan hakikatnya
tiada apa yang berlaku.
Dalam kempen-kempen BN juga, mereka menuduh pentadbiran Azizan tidak cekap, namun mereka lupa dengan kecekapan BN mentadbir sebelum ini, Kedah mengalami
kerugian RM403 juta melalui penyelewengan 11 projek.
Rakyat Kedah paling tidak dapat melihat agenda dan usaha kerajaan negeri yang dilakukan selama lima tahun telah mengatasi BN dalam banyak perkara.
Antara yang menjadi perhatian rakyat adalah, pemberian Skim Kafalah, bantuan ke IPTA, sumbangan kepada guru Quran dan bidan kampung.
Malah, tindakan kerajaan menyelesaikan pemilikan tanah dan penggunaan kawasan yang tertangguh pada zaman BN membuka mata rakyat Kedah.
Begitupun, fasa kempen terakhir di Kedah hanya menyaksikan sekali lagi unsur ugutan dan sentimen perkauman sahaja menjadi buah tangan BN kepada rakyat.
Seperti yang berlaku di Jerai, Padang Terap, Pokok Sena, Jerlun dan Padang Serai, pengundi cuba dimomokkan kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah lagi,
kuasa kaum Cina akan melonjak naik.
Di Langkawi, walaupun BN menggunakan azimat pembangunan sebagai bahan kempen, namun pengundinya mula melakar perubahan untuk memulakan pencerahan kepada
sebuah kerajaan yang lebih baik bersama Pakatan Rakyat.
Namun, semua kempen ini sebenarnya tidak lagi menjejaskan nekad rakyat bukan sekadar mengekalkan Pakatan rakyat di Kedah, sebaliknya menyaksikan Putrajaya
bertukar peneraju.
Setidak-tidaknya, PAS dan Pakatan Rakyat akan mengekalkan kemenangan yang ada, selain menambah bilangan kerusi di kawasan yang tidak dijangka. ~Analisis Wan Nordin Wan Yaacob
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
15 respon:
kempunan la anak Mahathir
bn yang memajukan kedah....pas hanya perosak...jubur liwat
Semua negeri dah maju kecuali negeri-negeri yang majoriti orang Melayu.UMNO memang suka lihat melayu hidup miskin supaya mudah dipergunakan sewaktu pilihan raya.Bagi subsidi berok, Bagi BRim,macam-macam lah lagi supaya melayu lupa penderitaan 5 tahun yang lalu.BODOHNYA MELAyu.ag
itu sebab kita kena bagi pentadbiran kepada DAP
jawatan DAP PM 2, TPM 2, MB 2 negeri, KM 2 negeri, menteri kewangan,menteri perdagangan, menteri luar bandar barulah melayu maju macam DAP
Sebenarnay PTPTN free,Kereta,Minyak turun harga, Hapus Tol spt yg dijanjikan PR hanya akan memudaratkan negara pada masa akan datang..tak caya tunggu saja. masa itu barulah kita orang benar-benar tau mcmana menderita yg sebenarnya. adakah macam skrg?. tunggu saja kalaulah PR menang dan PR menunaikan janji mereka itu........
aku hingat la kalau BN jadi kera pusat nanti hang boleh ganti najib jadi menteri kewangan dan najib binii rosmah jadi menteri wanita. melayu kayu
Pas memakmurkan Kedah...BN membangunkan Kedah...Tiba masanya...
nak tau apa yg ko cakapkan tu betul atau salah.....kena la undi PR.......hahaha......kalau x...sekadar teori jer.
DAP banyak kerusi looo..ingat diorang tu bodoh bermuka-muka mcm PAS,PKR.Perak dulu pun MB DAP kalau PAS tak beli dgn tanah ribuan ekar.ini bukan retorik/persepsi kawan..Selangor MB melayu tp menteri ln.PP jgn cakap laa.PR tak berani punya tunai palsu itu..kamu saja yg berapi-api ckp mcm-mcm tp hakikat pemimpin2 PR sdh pening kepala
Sebelum terlambat baik kamu ceraikan DAP.Sdh terrang-terang mereka akan menghapuskan keistimewaan Bumiputera dan banyak lagi.kalau kita disamarata dgn mereka dlm semua hal kita pilihan yg terakhir ooooo. Mau tahu betuk ke tak undi PR hahahaha....saya sudah merasa bila org lain (Puak Lain )berkuasa memang banyak perkara yg mereka akan buat.
tsunami yang melanda semenanjung Malaysia tahun 2004 rupa-rupanya menjelma dalam pru12.. dan kini masih ada tsunami
Assalamulaikum. Kalau kita tengok keputusan PRU-13. DAP telah memenangi hampir 200% kerusi berbanding PRU -12. Ini jelas menunjukkan sikap orang Cina sebenarnya. Manakal PAS dan PKR tetap macam itu tak banyak berubah. Kalau kita lihat dalam ceramah PRU ke -13 , PAS dan PKR bagai nak rak sokong DAP sampai kadangkalan agak melupakan perintah Allah supaya lebih menghormati dan menjaga kemuliaan saudara sesama Islam. Manakala DAP langsung tak membantu meningkatkan popularity PAS. Saya dapati PAS kehulu kehilir usung bendera DAP. Betul juga orang kata menang sorak kampong tergadai. Semoga menjadi tauladan pada PRU ke 14.
Manusia merancang,, dan Allah adalah sebaik2 perancang.. x ada rezeki ini kali,, kita cuba lain kali.. insyaAllah kemanisan kemenangan nanti akan menjelma.. takbirrr
Negara kita banyak hasil bumi yg boleh dinikmati oleh rakyat.. tapi di sebabkan pengurusan jual dan beli yang agak 'tidak releven' dah meyusahkan rakyat,, rakyat Negara sendiri yg tggung sakit... naik la harga pd masa akan datang.. hidup Malaysia.. hahahaha
Catat Ulasan