Ahad, 26 Mei 2013

Azmin akhirnya mengaku salah

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : Azmin mengaku salah

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya mengakui kesilapan isu kelewatan pembahagian kerusi dan penentuan calon sehingga menyebabkan ia bertindih dengan calon-calon daripada parti sekutunya, PAS.

"Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kelewatan pembahagian kerusi yang telah berlaku," katanya.

"Dalam proses agihan kerusi semasa PRU 13 lalu, saya merupakan pimpinan yang terlibat, dan saya menyatakan bahawa saya faham perasaan setiap anggota cabang atau pimpinan parti yang tak terpilih, akibat pembahagian tak dapat disempurnakan lebih awal," jelas beliau.

Isu kelewatan tersebut dikatakan tindakan Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu beserta Naib Presidennya, R. Sivarasa cuba 'menghantar' calon luar untuk bertanding di beberapa kerusi, selain mengubah senarai nama calon pilihan cabang masing-masing sehingga menimbulkan kemarahan ahli di peringkat akar umbi.

Berucap dalam sesi pergulungan bahas Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ, Azmin juga menegaskan proses rundingan Pakatan Rakyat terutamanya dalam menentukan senarai calon di kerusi yang ditandingi perlu diteruskan agar permuafakatan dapat dicapai.

"Dengan adanya proses permuafakatan yang perlu dijalankan, kita boleh runding dan bincang sebelum sebarang keputusan dibuat."

"Saya berharap perkara ini diteruskan sebab parti tidak boleh mengkhianati amanah rakyat," jelas Azmin.

Menurut Azmin lagi, beliau mengakui silap dalam meletakkan calon PKR di Kota Damansara selain membiarkan calon PSM bertanding di kerusi Semenyih.

"PKR, kita ada 16 kerusi di Selangor. Berkenaan kerusi di Kota Damansara dan Semenyih, PKR kita tak kalah kepada BN, tetapi kita kalah sesama parti (PR)."

RAMAI BLOGGER PR TERUTAMA DARIPADA KALANGAN BLOGGER PAS SENDIRI TAPI PEMIKIRAN SAHAJA MASIH BELUM "PASs" TELAH MENYALAHKAN PAS DALAM BANYAK ISU PERTINDIHAN KERUSI.

YANG MENJADI MANGSA IALAH PRESIDENNYA SENDIRI SEDANGKAN BANYAK KALI PRESIDEN MENYEBUT BAHAWA ITU ADALAH UNTUK MENYELAMATKAN PR.


MEREKA TAK MAHU DENGAR APA KATA PRESIDEN SENDIRI.

MEREKA SEBENARNYA TIDAK MENYIASAT PERKARA SEBENAR DISEBALIK SEMUA ISU HANYA MEMBUAT PERSEPSI BURUK SEMATA-MATA??

KENAPA-KENAPA-KENAPA? ~TKO


Bagaimana pula dengan amaran ini:
Azmin, Zuraidah .. tahulah nasib kalian nanti

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Aku tak tau lah apa nak jadi ngan segelintir pemimpin kanan. dlm PKR ni,,,tapi yang aku pasti Timbalan Presiden PKR ni dah mendahului bossnya dalam banyak perkara dan keputusan,,,beserta Cabang Wanita nya dan terkini ketua AMK nya,,,ngan disokong pulak oleh juak juak mereka spt yb sri muda, serta yb telok kemang...mereka ni seolah olah ada agenda tersembunyi...Satu peringatan dari aku rakyat marhaen untuk kamu semua,,,"kami rakyat pilih pemimpin untuk bela nasib nasib kami rakyat semua,,bukan untuk bela nasib kamu dlm politik dan tolong jangan cari gaduh sesama 'gu' atau rakan seperjuangan, saya ulang tolong jangan cari gaduh sesama 'gu' ...Dan bolehtak kamu semua berpolitik secara jujur dan telus,,kalau tidak sia sia dan rugi saje perjuangan kamu di dunia ini dan tak akan di nilai dan di hargai langsung oleh Yang Maha Esa lagi Kaya.di akhirat kelak.

Esmael_Ismail Hosen berkata...

memang wujud..... susah buat keputusan kerana .. contohnya Tuaran Sabah. Bomboring Dusun.... Kawn mpakatan pula PAS. kawasan Tuaran lebih sesuai Bomboring berbanding calon pas. akhirnya mereka bergadu sesama sediri dalam pakatan rakyat.

Unknown berkata...

nasihat aku penyokong party jgn percaya sepenuh hati pada pemimpin, korang cuma alat mereka, rakyat cuma alasan mereka. apa lagi alasan yang mereka ada selain dari rakyat ? tapi dalam hati dan kepala otak mereka adalah kedudukan dan jawatan...itu saja..kita rakyat jgn jadi bodoh..pemimpin cakap putar belit.

aLoQ Mengkudu berkata...

Siapa dia Lebai abdul Hadi. Siapa dia Imam al-Ghazali. Siapa dia para sheikh, ustaz , mufti dsb berbanding Umar sahabat nabi yg cinfirm syurga tapi masih lagi boleh dikritik oleh rakyat biasa. Hebat sangatkah mereka ini berbanding umar. Adakah syurga menanti atau sebenarnya 'Neraka' yg tersedia.

Umar tidak melenting. Umar tidak memarahi siapa yg mengkritiknya. Umar tahu rakyat mempunyai 'hak' untuk mengkritik beliau. Walaupun rakyat tersebut tiada pelajaran tinggi. Walaupun rakyat tersebut bukan alim ulama mahupun para ustaz ustazah. Cuma rakyat marhaein.

Klu benar calon PKR di kerusi DKD tidak kemas. Sebaiknya Lebai Abdul Hadi suruh Anwar tukar calon je. Bukannya dgn mencaci, mencela mahupun menjatuhkan airmuka sedara didlm Pakatan didlm majlis ceramah umum terbuka. Pas Kawasan dah confirm tak hantar wakil.

Pas Negeri dah confirm tak hantar wakil utk DKT. Setiausaha [MA] Pas Pusat pun dah confirm tak keluar watikah utk wakil PAS DKT. Tapi kenapa Tapi kenapa tetiba wahyu, tangan ghaib 'Lebai Hadi' boleh keluar satu-satunya watikah agar Menantu dia yg menfitnah PKR boleh masuk bertanding?????? Wala' kepala hotak dia.

Pemimpin tak boleh dikritik. Pengkritik pemimpin mesti ulama sendiri. mesti geng ustaz-ustaz. Sungguh celaka mereka-mereka ini disisi Allah sbn sebenarnya.