Pelbagai alasan dan helah diberikan oleh SPR termasuk cerita kanak-kanak kononnya kerani mereka terlupa menggoncang botol dakwat tersebut.
Namun apapun alasan, ia menjurus kepada akan adanya sesuatu yang tidak kena dengan proses pengundian pada hari mengundi 5 Mei. Beberapa hari sebelum itu,
pemimpin BN serta mereka yang rapat dengan parti berkenaan melahirkan keyakinan tinggi betapa BN akan menang besar walaupun sebelum itu bibitbibit kekalahan
parti tersebut adalah sesuatu yang sukar untuk disangkalkan oleh sesiapa sahaja yang melanggan kepada sebuah pilihan raya yang bebas dan terus.
Malah kebimbangan, keresahan serta kerisauan prospek tewas ini jelas terbayang di wajah hampir setiap pemimpin BN.
Dengan strategi persempadanan semula tidak lagi dapat dilaksanakan kerana kekurangan keahlian dua-pertiga di Dewan Rakyat pada penggal lalu serta rombongan
pengundi hantu juga sesuatu yang sudah tidak lagi dapat dilakukan kerana pelbagai amaran tindakan yang bakal diambil oleh petugaspetugas parti lawan, atau
mungkin juga kerana tipu daya ini sudah jelas diketahui umum, maka baki opsyen yang ada bagi memanupulasikan keputusan dirasakan sudah tiada.
Setidak-tidaknya itulah dirasakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang memerhatikan atau akhirnya tersedar apakah sebenarnya yang memungkinkan adanya ahli
Parlimen BN yang pernah menang tipis dengan majoriti beberapa ratus undi mampu mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum selepas itu dengan majoriti
puluhan ribu undi.
Hal seperti ini mungkin tidak akan dan tidak mungkin berlaku di sebuah negara yang demokrasinya maju di mana pemimpinnya jujur kepada diri sendiri dan
rakyatnya.
Tentulah tidak masuk akal seseorang yang sudah menjadi tidak popular sama sekali di kalangan penyokong asalnya lima tahun kemudian, bukan sahaja mampu
meraih jumlah populariti asalnya malah menambah pula dengan jumlah begitu besar.
Namun akhirnya kita tidak perlu hairan. Ini adalah Malaysia di mana pemerintahnya bukan sahaja membuat acuan demokrasinya sendiri tetapi meminda prinsip
asas amalan dan sistem politik tersebut.
Maka itu sebabnya tidak ada pemisahan/pengasingan jelas di antara eksekutif, penggubal undang-undang dan kehakiman.
Suruhanjaya-suruhanjaya yang sepatutnya bebas sama sekali daripada politik atau penjawat politik dan boleh bertindak ke atas sesiapa sahaja hatta ke atas
Perdana Menteri atau Menteri Kabinet diletakkan di bawah Kementerian di mana laporan dan keputusan terakhirnya dibuat oleh orang politik yang akan mengambil
kira kepentingan politik diri dan partinya.
Disebabkan adanya amalan songsang inilah maka menjelang hari-hari terakhir sebelum hari pengundian pada 5 Mei lalu, BN melahirkan keyakinan jitu akan menang.
Tidak ramai yang sudah lupa bagaimana calon BN Parlimen Shah Alam dengan segala wajah keegoan peringkat tertingginya melahirkan bagaimana BN akan 110 peratus
menang.
Ramai tertanya apakah pelan B, plan C, pelan D dan seterusnya yang akan dilaksanakan oleh BN setelah semua propaganda pra-pilihan raya gagal memberikan
hasil dan keputusan sebagaimana dikehendaki.
Akhirnya semuanya terjawab apabila sekali lagi dakwat yang digunakan tidak kekal dan memungkinkan wujudnya kumpulan serta skuad tertentu yang mengundi
beberapa kali di beberapa pusat mengundi dan juga di beberapa kawasan Parlimen dan Dun berlainan.
Ia juga terjawab apabila tidak semena-mena berlakunya keadaan di mana bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba ketika proses pengundian sedang dilakukan
di sekian banyak pusat pengiraan undi dan di beberapa negeri.
Selain daripada itu ada juga kisah mengenai pengundi hantu yang dibawa dengan kenderaan biasa individu persendirian atau cerita mengenai peti undi dibawa
dengan teksi dan cuba dibawa masuk menerusi pintu belakang.
Sama ada cerita ini benar atau tidak, itu adalah persoalan lain.
Apa yang lebih penting untuk difikirkan apakah faktor saat-saat terakhir yang telah memberikan kemenangan kepada BN ini?
Dan sejauh mana pula faktor terakhir ini bermoral dan boleh dipertimbangkan adil baik di dunia atau di akhirat.
Jawapannya tentulah hanya orang BN sahaja yang mengetahuinya.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
0 respon:
Catat Ulasan