“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.
Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.
“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.
Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.
“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.
“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya. ~harakahdaily
PBO: setahu aku taraf pemikiran sebegini adalah cara blogger pro UMNO berfikir. takkan taraf menteri sama dengan macai?
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
2 respon:
aku sokong penuh kenyataan Ahmad Zahid tu...betullah kalau tak mau menerima sistem p.Raya di negara kita...pegilah berhijrah keluar negara!...bolehlah berambus ke Iraq, syria, afganistan, sudan dsb!...pilih aje mana satu yg berkenan... nak tau langit tinggi rendah...silakan
tak payah pegi jauh2...pegi ke Burma pun cukup le...ari ni sampai besuk dah jadi mayat!...selisih malaikat 44...fikirkan!
Catat Ulasan