Ahad, 19 Mei 2013

Adam Adli ditahan polis kerana menghasut?

Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan di Bangsar Utama, hari ini.Menulis di twitternya petang ini, Adam memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis Jinjang.

Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh lebih 10 anggota polis berpakaian biasa di hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30 petang.

Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn tindakan polis tu...kenalah lebih tegas ...jgn biarkan mereka yg cuba nak huru-harakan negara...Tahniah Pak Zahid yg kelihatan tegas dn tak bagi chan dgn petualang2 negara!

Tanpa Nama berkata...

rakyat dah naik muak dgn demonstrasi, fitnah, bohong dn putarbelit... masa utk bekerja dn tunaikan janji sekarang ni!