Selasa, 30 April 2013

Puteri UMNO ini dipatuk ular ketika hendak pasang bendera BN

Seorang ahli puteri Umno dipatuk seekor ular tedung ketika sedang memacak bendera Barisan Nasional (BN) di Perkampungan Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, di sini, kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu.

Kejadian itu menyebabkan Afazi Zarita Hamzah, 26, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapat rawatan sebelum dibenarkan pulang.




Menceritakan detik cemas itu, Afazi berkata, sebelum kejadian, dia bersama suaminya Tan Hassan, 26, dan beberapa ahli puteri Umno sedang memacak bendera BN berhampiran paya di tepi jalan.

Menurutnya, ketika sedang gigih memacak bendera BN, dia secara tiba-tiba berasa pedih di tumit kaki kiri lalu rebah mengakibatkan suaminya bersama beberapa rakan panik sebelum dia menjerit meminta bantuan.

“Saya tak perasan tapi nampak darah mula mengalir serta terdapat dua kesan patuk,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Perkampungan Orang Asli, di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, di sini, semalam.

Turut hadir melawat, Calon BN, Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang turut bersimpati dengan nasib malang mangsa.

Afazi berkata, berikutan kesan daripada patukan ular tedung itu, dia kehilangan banyak darah namun bersyukur kerana sempat dikejarkan ke HTAA sebelum diselamatkan doktor.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"


sumber sini






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

ingatkan dipatuk ular ketika kencing dlm semak

Tanpa Nama berkata...

kesiannyer .. nnt Najib bg saguhati ye

Tanpa Nama berkata...

Nnt najib bg pu1m,patuk ular 1 malaysia,kah kah kah

Gombug berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.