# sila like "kami undi pakatan rakyat"
Bagi kerusi Labuan, pertindihan berlaku selepas calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin dan calon PAS, Hadnan Mohamad hadir pada hari penamaan calon untuk mendaftarkan diri selain calon Barisan Nasional (BN) Rosman Isli yang akan bertanding di kerusi parlimen tersebut.
Pertindihan calon antara sesama parti pembangkang juga berlaku di kerusi negeri Pulau Pinang melibatkan dua calon pakatan pembangkang iaitu Mohd Yusni Mat Piah dari PAS serta Badrul Hisham Shaharin daripada PKR yang akan berhadapan lawan daripada BN, Datuk Mahmud Zakaria.
Selain itu, empat lagi kawasan DUN yang berlaku pertindihan ialah Kota Damansara, Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.
Ahmad Sabki juga berharap semua penyokong PR bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap situasi terkini yang berlaku sehingga keputusan penuh dibuat pada Isnin ini.
“Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini, katanya lagi.
Selepas penamaan calon yang berakhir hari ini, beberapa kejutan juga berlaku melibatkan calon bebas daripada pembangkang antaranya dua ahli DAP yang bertanding bebas walaupun tidak mendapat laluan daripada parti iaitu Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana.
Tindakan mereka nyata mengejutkan senario politik tanah air kerana ia berlaku ketika negara sedang bersiap sedia memilih parti untuk memerintah di negara ini.
Pilihan Raya 2013 akan menyaksikan lebih kurang 13.3 juta pengundi yang berdaftar untuk memilih calon mereka bagi menentukan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh Malaysia.
PBO: aku ingatkan pemimpin pakatan di kawasan yang bertindih ni nak mendaulatkan rakyat .. tapi kenapa lain pula jadinya? Tamak? Pentingkan diri ? Korang tak nak tukar kerajaan ??? boleh tak kalau aku cakap ada sikit bangang? LAWAN TETAP LAWAN. KITA TETAP KENA TUKAR KERAJAAN INI KALILAH.
36 respon:
pemimpin jenis ni, kalau UmnO sumbat duit mahu je jadi katak kot. awal2 lagi dah npk
bodo tahan cipan pemimpin PR..jgn bagi bola tanggung saat2 akhir ni...kata pembahagian kerusi semua dh beres..beres kepala taik hangpa...rakyat dh meluat dgn BN..jgn sampai last minit rakyat U turn...
dari u-turn baik tak payah mengundi. BN jelas parti kroni, kebas harta rakyat and bla..bla..bla..
Depa nak menyakitkan hati penyokong pr di samping menunjukkan kebodohan, kebangangan dan kebahlolan mereka...sungguh2 mengecewakan...
Pemimpin Pakatan jangan pandang rmeh isu ini. Ada penyokong PR yang kecewa sgt melihat keadaan ini. Kecewanya bukan melibatkan kawasan yg bertindih sahaja. Penyokong satu Malaysiapun tak suka isu ini. Buat apa berebut nak jadi calon. Fokus kita nak menang dan nak tukar kerajaan pusat. Jgn bagi musuh peleceh kita sama macam mereka. Kalau saya jadi pemimpin tertinggi pakatan, saya buat mesyuarat malam ni juga. Isu ini isu besar...ngapa nak tunggu sampai hari Isnin...selesaikan lagi awal lagi bagus....
contoh paling nyata si natang chegubard aritu bukan main lagi..tup..tup bertanding???
sokong Tanpa Nama20 April 2013 11:10 PTG
Hari tu nak umum bubar parlimen bergegar-gegar korang suruh si Najib Rosmah bubar cepat... tapi bila dah bubar... mcm ni pulak jadinya... haramjadah betullah... kami nak tukar kerajaanlah bodoh... bukan nak tengok korang berebut kerusi sesama korang... nak mesyuarat apa lagi... selama ni apa yang korang bincang...ingatkan dah settle. takkan syok sendiri ajer ker. andai dah dapat putrajaya nnt, senarai kabinet pun korang takda lagi... hai, pegi mampuslah ngan korang kalau kali ni BN jugak yang menang...
pakat2 selesai dgan baikkk...fokusss humban BN....ABU
Jgnla kata mcm tu...gunakan perkataan yg baik sikit. Dia mmg dh buat gerak kerja lama kat kawasan tu. Diapun ikut arahan. Yg kita nak fokus ialah pemimpin parti selesaikan awal isu ini....Siapapun yg akan bertanding pastikan sorang sahaja daripada PR..
Ya kaa... tak pernah nampak pun... jentera pun tak dak..biaq betoi
jangan duk gaduh sesama sendiri....insyaAllah dua2 ekoq ni kalah...kahkahkah.
Awal-awal lagi dah cam ni,lagu mana kalau boleh putrajaya..
nak kawtim apa lagi...............kes pas vs pkr ni dah kecewakan penyokong pr seluruh malaysia. penyokong atas pagar tengok sama saja dengan bn.
Astagfirullah...Ya Allah aibnya.
Orang2 Atasan JENIS NI MEMANG MANGKOK HAYUN,
aku nak tolong berkempen pun dah takde semangat, Pakatan apa macamni?
dia orang ni jenis yang tak pandang pendapat rakyat, dia ingat ramai yg sokong Pakatan sebab diri dia,
aku pernah komplem dan beri cadangan pada penerangan (parti), harammm takde jawapan, bukan nak berterima kasih,
hormatilah rakyat.
KALAU DAH JENIS MANGKOK HAYUN..MEMANG BODOH PIANG..MACAM MANA NAK AMBIL PUTRAJAYA KALAU CALUN PUN TAK BOLEH SETTLE..CERAMAH BERDEGAR2..ABUK PUN TAK DER...ORANG POLITIK MEMANG TAK BOLEH PERCAYA..HAMPEHHHH!!!!!!
Betulkan segera keadaan ni...Panas telinga ni...
Ko org jangn kecewakan Penyokong yg sanggup bermati matian mengharapkan perubahan.
Jangan jadai haramjadah jugak.
stuju dgn TN 11:10. Tindakan perlu segera!
Keluarga besar -adelah terlepas pandang & pengalaman kurang lg! Jgn lemah semangat TN 9:01, teruskan berkempen!
Bersabarlah wahai penyokong pr..jgn kelam kabut..kan pimpinan dah kata akan mesyuarat khas akan diadakan...satu keputusan akan dibuat..semoga ada keoutusan terbaik dan melegakan penyokong...itu pentingnya tarbiah, ilmu dan mesyuarah...bukan emosi...antara suami isteri dan adik beradik pun ada sengketa...yg penting how to solve the problem..we still have a time...
Kalau BN vs Pakatan 50:50, bila ada dua calon pakatan maka pecah undi ini akan mengalahkan Pakatan 50:25:25.
Patutnya pemimpin pakatan kena bijak. Selesaikan sebelum hari pencalonan. Kalau jalan buntu juga, ambil pendekatan guna calon pas bawah lambang pkr atau sebaliknya, calon pkr lambang pas.
Memandangkan hari pencalonan sudah berlalu. Maka kita sebagai pengundi kena bijak dan sepakat. Aku cadang jangan pecah undi. Kita sepakat agar semua kerusi bertindih kita HANYA bagi pada parti yang paling sedikit jumlah pencalonan seluruh negara.
Kalau setuju kita pakat sebar, masa sudah suntuk untuk berbincang.
segera buat keputusan sebelum terlambat & rakyat buat keputusan
memang PR tak layak perintah negara ni pun. jadi pembangkang pun tak ada kuality, memang payah PR ni. BN jer boleh harap sampai kiamat tetap BN best.
tak payah pening kepala, kita pangkah BN jer sampai bila bila, kalau pangkah PR, kita akan menyesal seumur hidup sebab kita buat pilihan yang salah. Allah dah tunjuk, pemimpin PR buruk kelaku...
harap pimpinan pakatan akan tangani isu ini sebaiknya. Tahun pertama kita menghadapi pilihanraya sebagai satu gerakan...mungkin masih banyak ruang2 untuk pembaikian. Moga kemelut ini segera selesai sblm hari pengundian kerana rakyat menunggu ....untuk satu keyakinan...bahawa pakatan rakyat adalah harapan rakyat.
Kita boleh kenal yg mn pnyokng pr dan yg mn musuh dlm selimut..
tolong selesaikan dengan segers jangan cakap bangkit rakyat kalau tidak dapat menangani masalah pertindihan ini ..merosakkan kredibiliti pakatan....abcd
Setakat 6 kerusi je no hal..ada beratus ratus lg kerusi..InsyAllah semuanya boleh selesai..bn lg bnyk 22 kerusi relaks je!!!
Maksum giler statement....sampai kiamat. Macam tongkat langit bro...khalifah Al-Rashidin pun tak kekal bro..jangan takbur dan bongkak. Jangan kerana politik..dlm kubur nak menjawab susah...
Bawa brtenang...sedangkan lidah lagi tergigit. Adik beradik mana tidak bercakaran..tapi carek2 bulu ayam le....Insyaa Allah, kerana terlalu teruja, bertungkus lumus bergerak ke seluruh Msia, dihujani pula dgn cat dan batu, kndraan dikatuk, titisan darah ahli2 PR gugur dibumi angkara umno setan....Maka pasti berlaku kesilapan, lebih2 lagi kita manusia maqam awam.....Tidakkah tuan teringat peristiwa kesilapan pejuang2 Islam dlm peperangan Uhud....Sama2lah kita terus memberikan sokongan dan turut aktif menyampaikan berita2 benar dan membalas brita fitnah setan2yg dikenali...Berusahalah bersungguh2, semoga Allah memberikan kemenangan kpd PR, insyaa Allah.
BN vs. PAS, DAP, PKR..
BN masih menang..
PR tidak berdaftar..
Org PR ni memang gila kuasa!
PR tak berdaftar..
nanti nak buat pengumuman, "kemenangan berpihak kepada... (DAP, PAS, PKR... BUKAN PR)..."
jadi majoriti masih pada BN...
dah sttle dah pun,berkat muafakat dlm pr,semua berpuashati...bkn mcm umno tak dpt bertanding pecahbelahkan parti.
oh..susah nak kata.. hurm
From Aminin[dot]My.....: Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lirik Lagu Gwiyomi
Catat Ulasan