# sila like "kami undi pakatan rakyat"
“Walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh) bukan syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai prestasi yang baik, tapi syarikat Tajuddin tersebut memperoleh RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah,” kata Rafizi (gambar).
Pengarah strategi PKR tersebut mendakwa syarikat pegangan khas UniTapah Sdn Bhd yang bertanggungjawab menganugerahkan projek tersebut secara konsesi 23 tahun kepada Crest Builder dan Detik Utuh, sekaligus menjadikan kos keseluruhan RM1.3 bilion.
“Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi UniTapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyelenggara universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh konsesi tersebut,” tambahnya lagi.
Menurut Rafizi peningkatan tersebut adalah lima kali ganda daripada jumlah kos asal, serta mencabar Tajuddin untuk menyamannya jika tuduhan yang dihadapinya itu tidak berasas.
Daripada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan oleh Rafizi hari ini, Tajuddin didapati merupakan pemegang saham sebanyak 450, 000 unit dalam Detik Utuh.
“Detik Utuh ini hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyelenggaraan UiTM.
“Pada masa sama kosnya melambung lima kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Tajuddin... Dia boleh saman saya jika dakwaan saya ini tidak benar,” kata Rafizi lagi.~insider
0 respon:
Catat Ulasan