Selasa, 16 April 2013

Bukan 1 tapi 4 presiden parti kompenen BN sudah surrender hehehhe

PBO kata: Bahang pilihanraya semakin hamper. Tarikh keramat 5/5/2013 terasa amat "berat" bagi calon-calon BN yang sudah tidak yakin dengan kemampuan BN untuk mempertahankan Putrajaya.

Malah ada berita yang menunjukkan peneraju parti-parti kompenen Barisan Nasional tidak akan bertanding pada PRU kali ini. Mengapa dan kenapa agaknya?





# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Mungkin

Mungkin mereka-mereaka ini sudah tidak yakin akan menang dalam pilihanraya ...

mungkin juga mereka sudah "merajuk" dengan UMNO

mungkin juga mereka sudah "tawar hati" dengan UMNO

atau mungkin mereka ini tidak "bersih" untuk dicalonkan hehehehehe

siapa tahu kan ...?

Berita berkaitan ;

KUALA LUMPUR: Empat presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Terkini, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum pada Isnin. Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

Kayveas yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.

DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti.

Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. - BERNAMA






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

19 respon:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah Nik Aziz masih ada. Kami kurang percaya dia dapat melepas tempuh parlimen akan datang. Namun kami teruja kerana beliau kelihatan menuruti Firaun dari sudut keghairahan berpaut pada KUASA. Karpal pun sama. Lim Kit Siang pun sama.

wanamir berkata...

Komen dayus...apa yg Firaun dan apa yg ghairah pada kuasa? Di mana fakta yg kamu jadikan rujukan? Petah mengucapkan alhamdulillah tetapi disusuli kata keji. Aku pun orang BN tetapi janganlah berpolitik seolah menongkat langit...seolah kebal kepada mati dan hisab. Ramai rakan-rakan aku asalnya orang BN berubah arah kerana tindakan kurang matang segelintir orang BN termasuk kamu.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah dia nak cari makan.Cakap tak guna akai, tapi kepala lutut.Buta hati, mata, perut pun ye.

mosabit berkata...

ini tanpa nama lempar batu sembunyi tangan..kah kah kah kah ..takut tangan kena potong kerrr???....

Unknown berkata...

kesian juga saya tengo Nik Aziz ni sampai ketua mengidam kuasa..tak palah kali ini BN kasi Peluang lah Tuan Guru ini sebelu beliau jalan.Lagipun beliau saja yg dapat mendidik DAP dari menjadi tuan melayu.Hukum hudud bulan 5 ini akan diumumkan dilaksanakan dgn sokongan penuh.

Unknown berkata...

Salam. TGNA Gila kuasa untuk menegakkan islam tak apa, drpd pemimpin Umno yg gila kuasa mencari harta dunia, tamak,dan meruntuhkan undang2 islam, mane lbh baik...??

Unknown berkata...

bodoh lah kutuk tuan guru..wei sial...tuan guru ulama..kwn2 ulama besar..mu kutuk mu ulama ker..sekolah takat tinggi pun lum mampu habiskan di mesir..fuck ar kutuk tuan guru..bodoh orang umno..cium bontot najib hari...2

Tanpa Nama berkata...

Bang, ko pasti ke Islam dia ikut jalan yg lurus? Ulama akhir zaman ni macamx ada! Tak kira lah ko orang kuat ke, orang lembik ke, yg ko taksub sangat apa hal? Berpada padalah bang! Sedangkan majlis fatwa pun dia boleh pertikaikan! Kot manapun, aku pasti Islam dalam BN adalah yg sebenar benarnya, tiada yg benar melainkan yg benar belaka. Oleh yg demikian, tolonglah saya ya Allah!

Tanpa Nama berkata...

Sedapnya bahasa, orang Islam Syiah kot, ke wahabi? Ikut sangatlah tok guru ko tu? Semoga Allah laknatkan orang PAS yg suka mengutuk n katax kesat seperti mu tu!

Lee berkata...

Wahai saudara tanpa nama....berfikir dulu sebelum bercakap tu...jgn sampai tahap menghina ulamak...kamu kenal benarkah dengan tuan guru nik aziz ni sampai kamu boleh berkata dia menuruti firaun?? kalau belom paham pasal politik ni pergi lah cari pengalaman kamu dahulu..ksaya sarankan kamu buatlah kaji selidik tentang tuan guru nik aziz ni lepas tu kamu akan dapat jawapannya...

Lee berkata...

sya bukan melihat dia dari segi politik tp dari segi keperibadian beliau sebagai seorang yang beragama Islam....dan sya bukan org kelantan tp sya mengenali tuan guru ini...dan kamu cuba kamu muhasabah diri kamu dulu adakah diri kamu sudah sempurna dari segala hal...bercakap jgn ikut nafsu..

Tanpa Nama berkata...

nabi muhammad berjuang sampai akhir hayat wahai saudara,islam bukan setakat solat, puasa, zakat haji je oi bro, dalam bab perintah negara pun kena ikut islam jugak.

Tanpa Nama berkata...

aku kalau bn laksanakn hukum huduh kat malaysia ni aku ajak ramai kawan kawan aku sokong bn.

Tanpa Nama berkata...

gila kuasa tegakan islam bagus, kalau gila kuasa nk bolot kekayaan negara buat kroni itu untuk suku sakat org2 BN lh.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum saudara-saudara islamku.....

Janganalah kiter bergaduh, bermaki-hamun & beradu domba.......kiter samer2 melayu berpegangkan islam......

Aper yang penting, kite kena pertahankan islam, melayu & bangsa kiter pd ms akan datng.......jgn sebab terlalu taksub pd politik & pemimpin, tergolok gadai maruah kite...

PRU 13 kali nipun, org ciner dah menangkan bangsa sendiri.....demi kepentingan dieorg sendri.....org melayu aper dpt???????

HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG KER??????

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu sayang hasil judi dgn arak yang ditubuhkan sndri oleh org melayu islam...org melayu suka bersosial dgn iklan tv yg lucah..joget2..itulah islam bawaan umno..

Tanpa Nama berkata...

Hidup umno!!

Unknown berkata...

Saudara saudari yg saya muliakan! Berbalik kepada crite Tok Guru Nik Aziz, jnganlah saudara pertikaikan tentang kebolehan dia disegi agama. Saya jugak penyokong kuat UMNO dan memiliki ijazah kedoktoran dlm ilmu wahyu namun setelah bertemu dgn beliau untuk bberbincang tentang beberapa bab lain perihal agama, saya telah mendapati bahawa beliau merupakan seorang yang begitu fasih dlm ilmu agama dan memang layak untuk dilantik sebagai mursyid. Tafsir n terjemahan alqurannye mantap termasuk juga hadis hadis. Jnganlah kite klau ilmu agama masih cetek cube untuk menghakimi seorang ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Betul kt2 saudara......beliau mmg lyk sbg tok guru....jgnla kiter memperlekehkan & menghina tok guru......kerana tok guru, islam tetap kuat dan di pacu hingga sekrg.....