Selasa, 30 April 2013

Blogger papagomo ditahan polis!

Memang berita ini tidak benar sama sekali kerana blogger papagomo dan rakan-rakan masih bebas berkeliaran walaupun telah melanggar undang-undang dengan menyebarkan video lucah palsu pemimpin pembangkang dalam blog masing-masing. Jadi berita ini bukanlah satu fitnah tetapi mahu mengajak pembaca berfikir dengan perlaksanaan system yang ada di Malaysia.

Banyak sudah laporan polis telah dibuat namun mereka-mereka ini seolah-olah kebal dan dilindungi. Demi bangsa, agama dan Negara kononnya.

Akan tetapi ... baca lagi ...





Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

"RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.

Syed Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

sumber sini

Yang benar tetap benar, tak kira dari siapa, kalau salah kasi hukum saja. Janganlah pulak ada justifikasi terpilih.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Gombug berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Remaja mengaku dicabul dihadapan PM--------->>>> PilihanrayaPRU13