Ahad, 3 Mac 2013

Najib! Kau usah beri alasan bendera putih

Pada mula-mula penceroboh memasuki Lahad Datu, PBO sudah merasa pelik, dan kehairanan itudikongsi bersama rakan-rakan PBO di luar.

Kenapa pelik?






# sila like "pakatan rakyat supporters"



bagaimana kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Pantai Tanjung Labian dan menyusup berjalan kaki dengan skala ratusan askar, jauh ke perkampungan Tanduo.

Bukankah kita membelanja berbillion ringgit untuk sistem pertahanan negara. Mana pegi peralatan canggih mahupun sistem pertahanan tersebut?

Pelbagai agensi yang bertanggungjawab memeprtahankan sempadan negara tidak mengetahui sehingga penceroboh-penceroboh tersebut sudah pun berada di Lahad Datu. Tidur atau sibuk berpolitik mempertahankan UMNO? Anggota bawah tidak bersalah, mereka hanya menjalankan tugas. Pemimpin mereka yang ....

Kalau mereka ini mengetahui sudah lama kemaraan itu tidak sampai di Lahad Datu. Cukup sahaja di tengah laut sudah pun berperang.

“Di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku walaupun ratusan bilion dihabiskan Kementerian Pertahanan.
“Sudah lengkap bersenjata tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika genting – satu kesalahan yang tidak boleh dimaaf,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard pada kenyatan media, hari ini.


bukan isu politik


Siapa yang nak mempolitikkan isu ini. Orang bercakap mengenai pengurusan sistem yang menyedihkan. Itu baru beratus penceroboh. Kalau negara-negara tertentu memang berhajat menyerang Malaysia, PBO cukup khuatir akan keselamatan kita bersama. Tak tahulah kalau Najib, Zahid dan Hishamudin ada baju kebal yang boleh lambatkan kematian untuk mereka pakai.

Apapun benda dah berlaku. Tak boleh undur. Kita tak mahu dengar lagi angka kematian berlaku di sana. Mungkin korang ada pendapat sendiri yang boleh dikongsikan ..

lagi berita penceroboh di sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

pemberontak sulu ada ilmu ghaib sbb tu agensi yg mengawal perairan sabah x nampak...radar yg dibeli pun piang (selalu rosak) submarine yg dibeli masuk workshop..minyak licking..hahahaha tgu alasan ketua2 agensi berkaitan....