# sila like "pakatan rakyat supporters"
"Selepas sudah tidak terlibat lagi dengan dunia hiburan, saya menyara kehidupan dengan menjual buku-buku, kacang dan nasi.
"Saya terpaksa berniaga kecil-kecilan bagi menyara kehidupan untuk melangsaikan hutang-hutang yang masih ada," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat apabila ditanya tentang perkembangan terbaharu beliau.
Bob Lokman yang pernah menjadi juri pada program Maharaja Lawak dan penulis lirik lagu Isabella (nyanyian Search) itu telah menyertai parti PAS dan banyak melakukan ceramah untuk parti itu.
Beliau turut menjual buku dan kacang di lokasi tempat ceramah yang dianjurkan parti berkenaan serta di kawasan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini.
Dalam pada itu, menyentuh sejauh mana penglibatannya dalam bidang politik, Bob berkata, dia tidak berniat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.
"Perjuangan saya adalah untuk Islam dan bukan untuk menjadi wakil rakyat. Saya hanya menyokong parti yang menegakkan dasar-dasar Islam," ujarnya.
Katanya, dia telah mengambil pendekatan untuk menjalani hidup secara sederhana selepas tekad meninggalkan dunia seni.
Ketika ditanya adakah benar beliau mengkritik program kerajaan Jelajah Janji Ditepati (JJD) seperti dilaporkan akhbar Bob berkata, laporan berkenaan adalah benar dan ia akan diteruskan dalam siri ceramahnya akan datang.
# Dua ayat yang PBO asingkan dari artikel ini untuk kita bincangkan ..
- Foto yang dirakamkan Utusan Malaysia ini memperlihatkan Bob memberi ceramah mengutuk kerajaan di Kampung Gajah, Perak baru-baru ini.
- Bob Lokman (tengah) banyak menyertai aktiviti menentang kerajaan.
Tajuk "Bob Lokman jual buku dan kacang lepas tinggal dunia seni" dan sambung pula dengan ayat menyertai PAS menggambarkan niat tersembunyi pengarang berita tersebut. PBO kutip dari MStar Online. PBO rasa korang pun faham apa erti bunyinya.
Bagi penburukonline, lebih mulia jual buku dan kacang dari terkinja-kinja serta bercampur gaul dengan maksiat.Syabas dan aku respek sama lu Bob. Jangan jadi macam sesetengah artis yang sokong UMNO tapi dalam masa yang sama buka kelab malam
kisah Awie buka kelab malam
Korang kalau dekat dengan Bob Lokman, tolong-tolong la sokong sahabat kita. Takkan kau orang nak beli nasi , buku atau kacang dari Salleh Yaakob dan Nabil serta pelawak lain yang kutuk pakatan seperti
sini
dan juga
sini
4 respon:
Bob Lokman lebih mulia jika dibandingkan dengan mereka yang perasuah dan makan duit rakyat serta bermewah-mewah dgn duit hasil titik peluh rakyat negara ini. Semoga Allah SWT bersama PR..Amin!
Ya Allah, Engkau murahkan rezeki Bob Lokman sekeluarga, kekalkan dia dijalanMU & lindungi beliau dunia & akhirat. AMIN.
Lebih baik dari syubhat dalam dunia hiburan, muzik dan nyanyian. Syabas!
Ya Allah Kau Limpah Ruahkan rezeki untuk Bob Lokman sekeluarga, kami saudara seislam yakin Bob Lokman menerima ketentuan ini dengan hati tabah dan sabar, In Shaa Allah pasti ada rezeki yang mencukupi untuk nya jika Islam letak di depan..Amenn.
Catat Ulasan