Jumaat, 8 Februari 2013

Upah pencacai untuk memburukkan PAS

Aku petik dari utusan online, orang yang mengaku mewakili kumpulan ni nama dia Mohd. Firdaus Harun, 26. PAS ada simpan orang macam ni ke?

Manakala ini pula penafian dari pemimpin PAS Pahang.


MARAN: Pengarah Briged Keselamatan PAS Pahang, Ramli Abdul Rahman, hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini berikutan perhimpunan provokasi dipercayai didalangi Umno di perkarangan masjid As-Syakirin, di sini petang semalam.





# sila like "pakatan rakyat supporters"





Katanya, perhimpunan sekitar 20 orang individu yang mengaku kononnya penyokong PAS itu, dipercayai orang yang sama yang berdemo di Kemaman, Terengganu kelmarin dan bergerak ke seluruh negara untuk tujuan yang sama.



Tambahnya, kumpulan yang menyamar penyokong PAS ini yang dipercayai diupah, menjerit dan memekik kononnya bagi menyelamatkan kalimah Allah dengan jelas mengaitkannya sebagai agenda PAS dan DAP sedangkan Umno sebagai penyelamat.



“Petang semalam kira-kira pukul 5.30 petang sekitar 20 orang telah membuat himpunan provokasi di masjid daerah dan mereka dilihat membawa sepanduk yang mempunyai logo PAS. Mereka juga memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP.



“Malam tadi peristiwa itu telah disiarkan melalui Buletin Utama TV3, Astro Awani dan akhbar Utusan Malaysia hari ini.



“Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat dalam insiden ini malah tidak tahu menahu langsung, sebaliknya hairan bagaimana media Umno boleh berada di situ,” katanya selepas membuat laporan.



Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Maran Shaharuddin Omar, Setiausaha Kawasan Mohd Nor Saleh, Ketua PKR Maran Boestamin Bakar dan kira-kira 20 penyokong.



Ramli yang juga ahli jawatankuasa PAS Maran berkata, mereka memandang serius terhadap penyamaran dan penggunaan logo PAS oleh individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai didalangi oleh ahli Umno.



“Pihak kami juga kesal dengan tindakan TV3, Awani dan Utusan Malaysia yang telah menyiarkan berita ini tanpa usul periksa atau merujuk terlebih dahulu kepada PAS.



“Laporan dibuat hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat tentang penyamaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab itu bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini terutama ketegangan antara kaum dan agama,” katanya.



Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, kesal isu kalimah Allah dipolitikkan begitu sekali oleh pihak yang hanya mahu memporak-perandakan keamanan bagi tujuan pilihan raya.



Serentak dengan itu, katanya, PAS Pahang akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman mana-mana individu yang menyamar sebagai ahli PAS.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16575-peserta-demo-di-maran-dipercayai-demo-di-kemaman

KEMAMAN 5 Feb. - Bantahan secara terbuka penyokong Pas terutama kalangan muda terhadap sikap pemimpin parti dukungan mereka berhubung isu kalimah Allah menular ke daerah ini dengan sekumpulan 30 orang mengadakan himpunan aman di sini hari ini.

Mereka berkumpul di pekarangan masjid Sultan Ahmad Shah selepas solat Zuhur sambil membawa sepanduk-sepanduk mempersoalkan pendirian Pas yang tidak menentu dan menyelar DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertegas mahu membenarkan kalimah itu digunakan bagi agama-agama lain di negara ini.

Wakil mereka, Mohd. Firdaus Harun, 26, berkata, mereka berasa tertipu dan mahu pemimpin Pas tidak berdolak-dalik dengan menggunakan pelbagai hujah untuk akhirnya tunduk kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang.

“Jangan kerana semata-mata begitu ghairah untuk mendapat undi bukan Melayu, kita gadaikan agama Islam yang selama ini dipertahankan melalui perlembagaan negara dan dibimbangi akan membawa kesan yang cukup mengelirukan," ujarnya ketika ditemui dalam himpunan itu.

Katanya, bantahan mereka tidak harus dianggap ringan kerana ia merupakan sebahagian daripada manifestasi perasaan umat Islam di negara ini selepas menyaksikan terlalu banyak percanggahan pendirian dalam kalangan pakatan pembangkang berhubung persoalan berkaitan agama apatah lagi yang menyentuh akidah.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130206/po_07/Lagi-penyokong-Pas-bantah-isu-kalimah-Allah




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: