Jumaat, 1 Februari 2013

SPRM Serbu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang !!

PEKAN, 1 Feb: Beberapa orang Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dipercayai telah disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes penyalahgunaan kuasa.




# sila like "pakatan rakyat supporters"




Difahamkan kes berkenaan kini telah kecoh apabila agensi yang terletak di bawah naungan Kebawah Dulu Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah selaku Yang DiPertuanya itu didatangi oleh beberapa orang pegawai penyiasat SPRM baru-baru ini.

Kes yang disiasat itu membabitkan penyalahgunaan kuasa pegawai MUIP berkenaan urusan pengagihan wang zakat. Ia terbongkar apabila ada pegawai yang diberikan kuasa pelulus telah meluluskan bantuan zakat kepada waris terdekatnya yang bukan dikalangan Asnaf yang sepatutnya menerima sumbangan.

Berdasarkan laporan, fail siasatan bagi kes ini telah dibuka buat kali yang kedua, setelah pelbagai usaha dilakukan bagi menutupnya. Dipercayai ada "tangan-tangan ghaib" cuba menutup kes itu dengan berbagai usaha bagi menyelamatkan pegawai berkenaan dari disabit kesalahan. Namun, setakat ini tidak ada tanda-tanda pihak SPRM akan menghentikan siasatan.

Malah, difahamkan juga Pegawai Akauntan dan beberapa orang pegawai MUIP yang berkaitan Unit Zakat telah diminta hadir ke pejabat SPRM Kuantan pada Isnin ini untuk siasatan lanjut.
Tambah mengejutkan lagi apabila cubaan menutup kes menjadi lebih parah apabila ada pihak atasan yang cuba membatalkan kelulusan pertama yang dibuat oleh tertuduh dan kemudiannya membuat kelulusan kedua pula atas nama beliau sendiri.

Ini jelas menyalahi akta dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan. Malah ia menggambarkan memang ada kepincangan besar berlaku di jabatan terbabit sekarang ini.

Apapun PDO mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM Pahang diatas keberanian dan ketelusan menyiasat kes ini walau pun ia melibatkan orang penting di dalam pentadbiran jabatan
terbabit. Nantikan pendendahan dan pembongkaran seterusnya berkaitan siasatan ini dan mana-mana pihak yang terbabit serta bersabit dengan kesalahan berkenaan perlulah dijatuhkan hukuman.


Dengan menjunjung kasih kepada Kebawah Dulu Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua MUIP maka rakyat memohon agar kes ini disiasat dan dibicarakan secara adil. Rakyat Pahang menaruh harapan yang tinggi kepada MUIP yang berkuasa menjaga perkara-perkara berkaitan Hal Ehwal Agama Islam khususnya soal pengurusan zakat, maka sudah tentu ia harus dilakukan secara adil, telus serta sampai kepada Asnaf yang berkelayakan.


Masih ramai rakyat Pahang kini merempat di bumi sendiri dan perlukan bantuan tersebut. Tidakkah MUIP sedar perkara ini?. Jangan sampai rakyat Pahang tidak percayai dan tidak lagi mengeluarkan zakat kepada MUIP selepas ini.


[Apa sudah jadi dengan MUIP?. Semakin hari semakin banyak kepincangan dan penyelewengan berlaku apabila ada pegawai yang tidak amanah menjaga wang zakat terus dikekalkan bekerja di agensi terbabit.


Sebelum ini sudah banyak pendedahan yang PDO buat tentang kepincangan yang berlaku di MUIP. Antaranya isu Setiausahanya yang ditangkap khalwat dan kemudiannya isu pembelian hotel MS Garden menggunakan wang zakat. Malah banyak lagi isu-isu panas yang akan dibongkarkan mengenai MUIP selepas ini.


Semuanya adalah bertujuan untuk mendidik dan mengajar pegawai yang khianat supaya lebih jujur kerana Allah dalam menguruskan wang zakat. Umat Islam di negeri ini masih percaya kepada MUIP dan sanggup menyumbangkan zakat masing-masing untuk kepentingan agama itu sendiri. Namun, apabila ada pengawai khianat yang pecah amanah serta gagal menguruskan wang zakat secara adil dan telus maka inilah jadinya.


Justeru, amatlah diharapkan agar mana-mana pegawai MUIP yang tidak mahu melaksanakan atau memikul tanggungjawab seperti yang diamanahkan, agar meletakkan jawatan dan bersara awal. Usahlah hilangkan kepercayaa umat Islam terhadap agensi terbabit. Mereka beri wang zakat untuk diagihkan kepada Asnaf yang memerlukan. Namun, bukankah mereka akan kecewa apabila wang tersebut diagihkan kepada ahli keluarga, sudara mara serta kroni-kroni yang tidak layak untuk menerimanya, Nantikan pendedahan panas seterusnya berkenaan kes ini!].


sumber sini



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: