Rabu, 6 Februari 2013

RM120j dikorek dari kocek rakyat untuk kroni

KALAU dibelek-belek berita semasa, angka RM yang muncul kebelakangan ini menjadi kontroversi kerana semuanya juta-juta belaka. RM yang dimaksudkan ialah Ringgit Malaysia, bukan singkatan nama insan yang mengaku ‘wanita pertama’.





# sila like "pakatan rakyat supporters"








Kembali kepada angka juta-juta dalam berita semasa. Minggu ini saja ada dua. Yang pertama, pada 2 Febuari lalu Perdana Menteri, Najib Razak daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan peruntukan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang katanya sebagai bantuan mengatasi masalah air di Selangor.



Maknanya RM120 juta lagi dikorek dari kocek rakyat dan ditaburkan kepada Syabas, syarikat swasta yang masyhur dengan gaji CEOnya yang amat besar itu dengan belanja hebat untuk ubah suai pejabat serta membeli kereta mewah.



Menurut laporan Sinar Harian, suntikan RM120 juta itu kerana Najib Razak “mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera”.



Anehnya, jika suntikan lebih duit kepada Syabas boleh mengatasi masalah air Selangor, ini bermakna masalah air Selangor berpunca daripada Syabas yang kekurangan duitkah? Kalau dengan suntikan lebih banyak duit boleh menamatkan masalah air seperti yang berlaku baru-baru ini, apa yang propagandis dan pemimpin Umno BN hebohkan mengenai Loji Langat 2?



Satu lagi cerita juta-juta RM minggu ini ialah BN di Pulau Pinang bakal membelanjakan lebih daripada RM1 juta untuk menjemput Psy ber’gangnam’ tarik undi. Lebih lucu kelihatan tindakan ini serampang dua mata membalas dendam kepada parodi Ubah Rocket Style DAP. Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Wong Mun Hoe berkata:

“If we want Gangnam Style, we bring the original, unlike some who only copy.” (Jika kita mahu Gangnam Style, kita bawa yang asli, bukan seperti yang hanya ditiru)



Tak tahu beza parodi dan meniru, ada hati nak jadi cool dengan Gangnam Style. {HD}

Manakala aku terbahak-bahak membaca pemikiran para menteri BN/UMNO yang memang tersangatlah "kurang cerdik" tapi pandai menghabiskan duit rakyat.. Menurut Malaysiakini

Kerajaan perlu menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany.

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku.

"Itu sebabnya lagu 1M4U mempunyai rentak yang tersendiri," kata Devamany.

http://www.malaysiakini.com/news/209829

Kalau UAI boleh tarik penonton untuk mendekati agama dengan kehadiran 100 ribu orang ke stadium, takkan kita nak ikut jejak setan untuk melalaikan umat. Tapi UMNO/BN memang tak pernah mahu ke arah itu.




sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: