Isnin, 25 Februari 2013

Najib datang sebagai hero, pulang sebagai pengecut!

Assalamualaikum, "Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Antara kata kata Najib yang menjadikan dia hero di mata ribuan melayu bawah tempurung di bandar Kuala Terengganu semalam.Mereka dah lama menunggu BR1M sebagai ganti wang ehsan yang lebih sedikit berbanding BR1M.Mereka sudah lebih 50 tahun kelaparan wang RM41.60 sebulan untuk membeli beras, minyak masak kualiti rendah dan lain lain(apa yang lain lain tu)


Berapi api Najib berucap sambil mendakwa hanya BN sahaja yang mampu menjaga Malaysia,menjaga akidah(tapi bukan syariat dan syiar), menolong rakyat kerana menolong itu amanah kerajaan menurut Islam.

Najib diberi sambutan hero di atas beca Pok Loh Beca, berarak ke seluruh bandar Kuala Terengganu,Pok Loh Beca ialah tipikal melayu bawah tempurung yang masih mendakwa PAS tidak buat apa apa ketika memerintah.Pok Loh memang bendul sikit kerana tidak sedar bahawa PAS sudah meluluskan hukum Islam yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan BN sekarang.Pok Loh memang bendul kerana mencari mercu tanda yang dibina oleh PAS, walhal dia hanya mengayuh beca selama 30 tahun.

Budak budak mahasiswa ni pulak satu hal, tak pasal pasal buat kejutan kepada hero kita. Tak pasal pasal dan tiada dalam aturcara program lawatan Najib, tiba tiba budak budak mahasiswa berkumpul di luar resort tempat Najib berjumpa dengan panglima panglima perangnya.Apa ke jadah mahunya budak budak ni? Apakah mahu bertanya insiden rusuhan di Pekan tempoh hari?

Kehadiran mahasiswa di Kuala Terengganu amat mengejutkan di mana tiada persediaan yang cukup untuk menghalangnya, polis juga mungkin terkejut kot.Di sinilah kita dapat melihat seorang hero bertukar menjadi pengecut, dengan budak budakpun takut nak jumpa, macam mana nak bela ugama?

Datang sebagai hero, pulang sebagai pengecut!

Nota: teringat insidn di Parlimen dulu, ketika Najib masih menteri pertahanan, dia menangis di parlimen kerana dituduh ada skandal dengan Ziana Zain, lalu Karpal Singh komen "kena tuduh sikit menangis, macam mana nak pertahan negara?


~TKOV12









RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: