# sila like "pakatan rakyat supporters"
"Tetapi secara terbuka Pas buat kenyataan, orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena. Mereka takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.
"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam berpakat melakukan jenayah, yang Islam kena potong tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua bulan, itu sudah tidak adil,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini hari ini.
Apabila menjatuhkan hukuman katanya, keputusan itu perlu dilakukan dengan adil.
''Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali ialah jangan kita zalim. Jadi apabila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya.
Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang tidak konsisten tentang pendirian mereka berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dengan pakatan pembangkang.
Beliau berkata, Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh secara membuta-tuli.
Katanya, kerajaan berpegang teguh pada hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah menerima hukuman yang setimpal dan adil.
PBO: sejak bila pulak ada hudud PAS? kalau hudud PAS tak boleh pakai, keluarkanlah dan jalankanlah hudud UMNO pulak. hudud PAS pun tak nak, hudud UMNO pun tak dak, apa pun tak nak.
Apa pendapat korang?
sumber utusan online
1 respon:
Umat islam mestilah ada sifat-sifat untuk menegakan hukum Allah, kalau mempertikaikan hukum Allah so jadilah seorang kafirun. Kalau umor sedah masuk senja, buat-buatlah ke Masjid dan lakukan istifar, solat sunat dan bertaubat. InsyakAllah akan terimaNYA.
Catat Ulasan