Jumaat, 22 Februari 2013

Lihatlah presiden CUEPACS tunjuk warna kulit politiknya

Setelah panas dengan isu Dato Fadzilah Kamsah dengan terang menghentam PAS melalui klip video, kini tiba giliran Presiden CUEPACS yang berstatus Dato pula menunjukkan warna kulit politiknya.

Apa lagi tafsiran yang kita boleh buat terhadap presiden CUEPACS selain UMNO/BN yang boleh dibuat jika dia berkata ;





# sila like "pakatan rakyat supporters"




KUALA LUMPUR, 21 Feb ― Penjawat awam tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman hari ini dan menambah pertukaran pemerintah belum mampu menjanjikan kemajuan kepada negara.

Dalam majlis bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu kota, Omar (gambar) berkata Putrajaya telah menunaikan hampir kesemua tuntutan mereka membuktikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa peka dan dekat dengan penjawat awam.

“Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.

“Tidak pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh CUEPACS kerajaan menolak. Sebagai contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada pesara penjawat awam,” kata Omar kepada pemberita.

Menurut Omar lagi, sokongan hampir 1.4 juta orang penjawat awam dan 500 ribu pesara sentiasa tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib dan yakin perkara tersebut akan diterjemahkan dipeti undi dalam Pilihan Raya 2013 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

“Saya yakin 1.4 juta penjawat awam bersama dengan hampir 500 ribu pesara CUEPACS akan sentiasa menyokong kerajaan sedia ada.

“Penjawat awam dan CUEPACS adalah tiang seri (asas kukuh) kepada kerajaan dan yakinlah sokongan mereka akan sentiasa utuh kepada kerajaan,” ujar beliau lagi.

Selain itu, Omar juga menegaskan penjawat awam berhak untuk terlibat dalam politik secara langsung tetapi perkara itu mestilah dengan kebenaran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan tidak melanggari undang-undang yang termaktub bagi penjawat awam.

“Ya, mereka mereka boleh berpolitik tapi mestilah dengan kebenaran oleh JPA.

“Dan penjawat awam yang berpolitik juga mestilah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan, antaranya tidak boleh berpolitik di dalam pejabat atau semasa waktu bekerja,” ujar beliau. ~insider

#PBO kata macam sama je ayat yang diutarakan makcip pakcik kat luar sana yang dapat RM500 dan bantuan kain batik dan pelikat. Apa presiden CUEPACS ni tak pernah melayari internet atau mengetahui isu semasa ke? Dia tak tahu ke kejahatan UMNO/BN

seperti pendedahan ini

atau seperti
ini


apa pendapat korang?

link untuk copy paste :)

http://penburukonline.blogspot.com/2013/02/lihatlah-presiden-cuepacs-tunjuk-warna.html


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

omar gagap nie mmg pencacai tegar no 1 klau tak camne bolih sambong lagi..ular kalau kene belit ngan si omar nie bolih mati krna belitan omar lebih kuat dr anaconda

Tanpa Nama berkata...

Nanti lepas PRU Ke13, dia nak letak jawatan kalau PM menang nanti, bolihlah kakitangan awam arak beliau keluar dari pejabatnya

Tanpa Nama berkata...

sori bukan PM tapi PR

Tanpa Nama berkata...

"Datuk Omar Osman hari ini dan menambah pertukaran pemerintah belum mampu menjanjikan kemajuan kepada negara."

Ayat tersebut tidak mencerminkan kemantangan beliau. Sudah tentu pimpinan baru akan mencipta yang lebih baik dari ada sekarang ini.

mosabit berkata...

datok ni dah dapat kebenaran JPA utk cakap hal politik...korang jng la jeles...kah kah kah kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

Weiiiii Datok.
Ini negara demokrasi la dan bukan negara kuku besi la.
Semua rakyat BEBAS untuk memilih parti mana yang dia rasa suka. You tak boleh paksa-paksa. You mesti faham, kerja tetap kerja, tapi soal parti mana dia orang nak pilih itu hak masing2. Ini baru dikatakan professional. Jangan jadikan rakyat macam lembu yang di cucuk hidung. Sebab tu pemikiran orang melayu lambat nak berubah sebabnya hidung sentiasa di cucuk.