Rabu, 27 Februari 2013

Forum penampilan Bala bakal disabatoj?

Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin berkata penyiasat persendirian P Balasubramanian akan ditampilkan di pentas program anjuran NGO tersebut di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada malam ini.

“Sesi bersama PI Bala akan dikendalikan secara soal jawab satu sama satu dengan seorang moderator. Majlis keseluruhanya akan dipengerusikan oleh aktivis Mahasiswa, Khalid Ismath,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Balasubramaniam yang kembali ke Malaysia pada Ahad lalu berikrar untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat dan menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Deepak Jaikishan – ahli perniagaan yang didakwa terlibat dalam penyediaan pengakuan berkanunnya yang kedua.

Sebaik tiba di KLIA, Balasubramaniam yang mengalirkan air mata turut menyatakan sumpah sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar.

“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya.

SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.

Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.

Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.

Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.

PBO:
#Harap-harap tiada sabotaj dari samseng - samseng UMNO dan PERKASA malam ini yang akan menganggu gugat perjalanan forum tersebut. Al maklumlah, bukan sekali dua jadi macam tu .. bukan bersangka buruk, sekadar berwaspada .. :)kekekekekkeke
#apa harapan pembaca penburukonline malam ini dari penampilan Bala?

saksikan juga video ekslusif misteri pembunuhan Altantuya:

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: