# sila like "pakatan rakyat supporters"
Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis “Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor”
yang terpacak di ladang kelapa sawit.
Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan.
Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk.
“Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru?
“Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.
“Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima.
“Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan “projek hospital baru” yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar
di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor.
Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998.
sumber sini
1 respon:
Hеllo! Thiѕ pοst couldn't be written any better! Reading through this post reminds me of my previous room mate! He always kept chatting about this. I will forward this article to him. Fairly certain he will have a good read. Many thanks for sharing!
My web site :: rocket spanish login
Catat Ulasan