Setelah isu merampas tanah rakyat Johor secara sistematik telah didedahkan, boleh rujuk sini Kali ini kita lihat pula bagaimana UMNO/BN membina sebuah bilik darjah yang berharga RM1 juta setiap satu pada era pemerintahan UMNO/BN di Selangor.
Hebat sungguh agaknya bilik darjah tersebut sehingga ia bernilai RM1 juta setiap satu. Cuba bayangkan sebuah bilik darjah yang berharga RM1 juta. Apakah jenis bilik darjah tersebut? Sudah tentu kita bayangkan yang canggih manggih dan serba moden. Hakikatnya meleset sama sekali.
# sila like "pakatan rakyat supporters"
Sebenarnya kos untuk membina bilik darjah tersebut tidaklah semahal mana kerana pakatan rakyat telah membuktikannya .. ikuti kisah di bawah:
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik
darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta.
Ia berbeza apabila Kerajaan UMNO-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK (T) Ladang Midlands di Shah Alam yang dibina dengan kosRM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu. Selama 50 tahun para pelajar di situ
terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran.
Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat. “SJK (T) Ladang Midlands
itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9 juta. “Berbanding
dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya
adalah RM1juta,” kata Khalid.
Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi. “Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya.
“Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat,” kata Khalid lagi. -- Selangorku
Apakah anda mahu terus menerus melihat duit rakyat dibolot oleh sesetengah pemimpin UMNO/BN lagi? Jika ya silakan memangkah UMNO/BN pada pru 13 nanti. Cuma PBO harap anda tidak menyesal kemudiaan hari.
p/s: nak tahu bagaimana UMNO/BN buat untung 1000% dari rakyat? boleh tengok sini
Harapan saya incek Pen Buruk dapat linkkan blog PR yang baru di buka bernama AstanaKandis nie. Sekiranya dapat di lakukan terima kasih saya ucapkan, supaya mudah saya nak kesana dan kemari.
1 respon:
Kami rakyat dah faham kerja umno, jika tak kerana nak merembat harta negara, mereka takkan buat apa pun projek pembangunan.
Setiap ruang dan peluang pasti mereka akan gunakan sebaik mungkin untuk mencuri harta rakyat. Elok cepat kita pakat ramai2 tumbangkan umno bn nie.
Baca satu article yang best sebagai pembukaan mood PRU13 nie:
http://astanakandis.blogspot.com/2013/02/angin-pun-laknat-umno.html
Harapan saya incek Pen Buruk dapat linkkan blog PR yang baru di buka bernama AstanaKandis nie. Sekiranya dapat di lakukan terima kasih saya ucapkan, supaya mudah saya nak kesana dan kemari.
Catat Ulasan