# sila like "pakatan rakyat supporters"
Afidavit sokongan Abdul Kadir mendakwa pihaknya menyerahkan Borang Pendaftar bagi mendaftar parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 6Jun tahun lepas.
Beliau mendakwa telah beberapa kali berjumpa dengan pegawai pejabat pendaftar bagi memastikan semua kertascara adalah teratur dan lengkap, bagaimanapun tidak menerima sebarang jawapan berhubung status permohonannya itu selepas tiga bulan.
Abdul Kadir berkata pada 15 Januari lepas, peguamnya menghantar sepucuk surat bagi mendapatkan status terkini pendaftaran IKATAN namun masih tidak menerima apa-apa jawapan.
Dakwanya dua hari selepas itu, beliau sendiri telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk merayu agar permohonan tersebut diluluskan segera, namun masih gagal.
Abdul Kadir mendakwa beliau percaya responden telah bertindak secara ultravires dan bertentangan dengan prosedur undang-undang kerana gagal memberi jawapan terhadap permohonannya itu.
Beliau juga mendakwa responden gagal menggunakan kuasa budi bicara untuk memproses pendaftaran IKATAN mengikut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 bagi meluluskan permohonannya.
Peguam Murnie Hidayah Anuar, yang mewakili Abdul Kadir, berkata pihaknya akan menyerahkan permohonan itu kepada responden (ROS) minggu depan. - BERNAMA
#aku tak tahu berapa banyak dah agensi kerajaan jadi tali barut UMNO. semua diperguna dan diperkuda. So kalau macam ni, UMNO / BN menang pun aku tak hairan sikit pun.
sumber sini
1 respon:
UBN menang bukan cara anak jantan sbb pemimpin mereka semuanya xda teloq..penakut..sembang dalam TV mengalahkan pahlawan dizaman silam..ajak berdepan...mcm2 alasan mcm budak2 tadika KEMAS. huhuhuhuu
Catat Ulasan