Rabu, 16 Januari 2013

Skandal NFC: Shamsubahrin beli tiga kereta guna cek

KUALA LUMPUR- Tiga buah kenderaan jenama Mitsubishi telah dibeli ahli perniagaan, Shamsubahrin Ismail melalui bayaran cek daripada dua buah bank bertarikh 5 Disember dan 9 Disember 2011, atas nama Syarikat FA Automobile (Ipoh) Sdn Bhd.

Perkara itu diberitahu seorang pembantu jualan kenderaan jenama Mitsubishi di syarikat cawangan Petaling Jaya, Foo Rox Zan, 24, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Robert Pasang Alam, di mahkamah sesyen di sini, semalam.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Dua jenis kereta iaitu Mitsubishi Grandis berharga RM168,042 dan Mitsubishi ASX berharga RM139,042 ditempah Shamsubahrin atas nama isterinya Suzana Abdul Aziz, manakala pacuan empat roda jenama Mitsubishi Triton ditempah atas nama Shamsubahrin.

Foo memaklumkan, (Shamsubahrin) membuat tempahan dengan bayaran deposit RM1,000 untuk setiap kenderaan dan menyelesaikan baki bayaran menggunakan dua keping cek Maybank dan sekeping cek dari RHB.

Foo, 24, merupakan saksi pendakwaan ke-22, dalam kes perbicaraan membabitkan Shamsubahrin, yang didakwa atas lima pertuduhan menipu Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan sejumlah RM1.755 juta.

Dia turut didakwa dalam 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, babitkan jumlah yang sama.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Maybank Cawangan Jalan 222 Petaling Jaya, Mohd Zaki Sahid yang merupakan saksi pendakwaan ke 23 sahkan ada membuat bayaran ke akaun syarikat FA Automobile (Ipoh) selepas tiga keping cek didepositkan ke mesin cek di cawangan bank itu.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia (SSM), Roslizawati Nur Wahida Abd Ahmad berkata, berdasarkan rekod SSM, syarikat NFC telah bertukar nama sebanyak empat kali sejak tahun 2006.

"Ini termasuk Macronial Technology Sdn Bhd, Makanan Cemerlang Corporation, NFC Food, dan Real Food Company.

Bagaimanapun, SSM hanya terima rekod tahunan syarikat kali terakhir pada tahun 2010," katanya ketika ditanya Robert mengenai NFC.

sumber sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: