# sila like "pakatan rakyat supporters"
Samy Vellu dalam satu laporan akhbar sinar harian telah menyatakan akan berazam untuk mengembalikan kawasan Sungai Siput kepada Barisan Nasional pada pilihanraya PRU13 akan datang.
"Saya dilantik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk mengetuai BN di Sungai Siput. Tugas saya untuk jadikan Parlimen Sungai Siput kawasan BN. Itu saja.
"Tugas yang diberi saya mahu selesaikan. Saya tidak bincang mengenai siapa akan jadi calon atau lain-lain," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Hello Malaysia edisi Tamil terbitan Bernama TV hari ini
sumber sini
Ayoyo, jangan malu-malu Dato' Seri, kalau padi katakan padi, tidak kami tertampi-tampi, kalau mau jadi katakan mau jadi, tidak kami ternanti-nanti.
Sekiranya Samy Vellu yang tewas kepada Michael Jeyakumar pada pilihanraya tahun 2008 yang lalu dipilih semula, ia bakal membuka intaian baru bagi jawatan Menteri Kerja Raya yang cukup sinonim dengan beliau.
Siapa tak kenal dengan Samy Vellu dan masakan boleh lupa banyak isu hangat membabitkan beliau semasa memegang jawatan MenterMeneri ulu.
Kerjaya politik
Pada 1961, beliau bertanding kerusi di MIC Selangor tetapi kalah. Tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC. Pada 1967, belaiu dilantik memegang jawatan Setiausaha MIC Selangor dan pada 1972, beliau ditauliahkan sebagai seorang arkitek. Dua tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput.
Dengan sokongan dan popularitinya dalam parti, beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden MIC. Beliau mengalahkan pencabarnya, S. Subramaniam, yang ketika itu Setiausaha Agung MIC dengan majoriti 26 undi. Kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dan pada tahun 1979, beliau dilantik menjadi Presiden MIC berikutan kematian Tan Sri Manickawasagam.
"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la..."
Samy Vellu ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tanah runtuh di Sungai Siput
Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum. Jawatan beliau sebagai Menteri kabinet mewakili parti MIC digantikan oleh setiausaha parti tersebut, Dato' Dr. S. Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia.
Berikutan berlakunya peristiwa Hindraf, Samy Vellu telah pergi ke India untuk menerangkan perkara sebenar kepada Ketua Menteri Tamil Nadu, M. Karunanidhi tetapi Ketua Menteri tersebut enggan berjumpa dengannya kerana menyokong Hindraf.
Beliau juga pernah memecat beberapa pemimpin parti tersebut. Antaranya termasuklah bekas Naib Presiden, Tan Sri M. G. Pandithan kerana dikatakan telah menggunakan perkataan perkauman. Selain itu, beliau juga pernah menjadi punca kekalahan Timbalan Presiden Parti tersebut, Dato' S. Subramaniam dengan menyokong Dato' G. Palanivel untuk bertanding jawatan tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika ditemuramah telah menyatakan bahawa beliau tidak dapat menggugurkan Samy Vellu daripada kabinetnya kerana khuatir akan mendapat tentangan daripada masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC.
Kekalahan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput telah dijangkakan oleh ramai pihak. Ada yang mengatakan bahawa ini berpunca daripada peristiwa Hindraf.Bagaimanapun, sebelum
pilihan raya diadakan, Samy Vellu dikatakan berkata: "Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".[2] Akan tetapi selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beliau dikatakan berkata pula: "Rakyat marah sama BN, bukan sama saya". Dilihatkan daripada segi yang lain, komen itu membayangkan pengakuan bahawa kemenangannya dalam pilihan raya disebabkan oleh Barisan Nasional dan bukan kerananya, iaitu "rakyat pilih BN, bukannya".
Isu-isu kontroversi
Hospital dicemari kulat & keretakan MRR2
Sejak memegang portfolio sebagai Menteri Kerjaraya, Samy didakwa oleh pihak pembangkang sebagai terlibat dengan beberapa skandal wang dan penyelewengan kerja dalam beberapa projek pembinaan di Malaysia, termasuklah penemuan kulat yang tumbuh di sistem hawa dingin pada teater operasi di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru pada 2004.
Selain itu, keretakan dan kerosakan beberapa jejambat di lebuh raya MRR2 turut menyebabkan Samy Vellu dikecam dan dimarahi oleh sebilangan besar pengguna, sekalipun semasa kerosakan terakhir berlaku beliau tidak lagi merupakan menteri yang berkait. Walaupun kerosakan tersebut mungkin akibat kontraktor projek tersebut, Samy dikatakan cuai.
Kolej TAFE dan MAIKA Holdings
Walaupun beberapa projek komuniti gergasi beliau gagal tetapi terdapat juga yang berjaya seperti institut AIMST dan Kolej TAFE. Samy juga selalu dituduh memiliki banyak saham pada syarikat-syarikat Malaysia.
Bagaimanapun skandal saham Telekom-MAIKA Holdings masih menghantui beliau. Ramai kaum India didakwa kecewa dan marah dengan tahap pencapaian MAIKA Holding selama hampir 20 tahun yang tahun demi tahun mencatat kerugian. Ketika anak Samy, Vel Pari dilantik sebagai Pengarah Urusannya pada 1999, Maika secara teknikal adalah muflis, tetapi kini mempunyai asset RM150 juta. Ini terjadi dengan bantuan kerajaan melalui bantuan pengurusan syarikat pengurusan Danaharta.
Tol lebuh raya
Pembinaan Lebuh Raya PLUS dan kutipan tol untuknya pada mulanya merupakan projek mega yang menerima publisiti yang negatif di kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Ia bertambah teruk bila kadar tol dinaikkan secara berperingkat-peringkat. Ketika itu Samy Vellu yang menjadi Menteri Kerjaraya, memperolehi publisiti buruk kepadanya seolah-olah Samy Vellu mengutip tol untuk mengisi koceknya sendiri. Rakyat seolah-olah tidak mahu menerima hakikat bahawa projek tersebut adalah kehendak dan arahan kerajaan dan Samy Vellu, selaku menteri berkenaan, terpaksa melaksanakannya.
sumber sini
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
“Besoh kirim, hari ini juga sampai”
2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar” -- MyNewsHub
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan