Jumaat, 18 Januari 2013

pisau.net yang memotong "kemaluan" sendiri

Fitnah Pisau.net untuk tutup skandal Zambry

- Akhirnya bloger Umno semudah itu menarik balik tuduhannya dan mengaku ada kesilapan fakta, takut dengan saman
mahkamah,

-“Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami

KUALA LUMPUR: Tindakan blogger Umno menarik balik tuduhan terhadap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng berhubung pemberian tanah membuktikan cubaan Umno BN untuk memburukkan-burukan Pakatan Rakyat.

Berminggu-minggu akhbar Umno Utusan Malaysia memainkan isu ini untuk memfitnah Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk menutup skandal yang membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.





#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan



Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin percaya Umno sengaja membuat fitnah itu untuk mengalih pandangan masyarakat dari skandal melibatkan pemberian projek kepada pegawai khas Zambry.

Sebelum ini, Nizar pernah mendedahkan di sidang Dun Perak berhubung satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd di mana ianya mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry.

Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.

Adun Pasir Panjang itu berkata, pemaju tersebut dibenarkan membina sebuah hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat di tapak tanah Rumah Perak.

Mohammad Nizar berkata, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia terbukti syarikat tersebut tidak aktif.

Dalam pada itu, Nizar turut mendedahkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan.

"Skandal inilah yang saya timbulkan, untuk elakkan isu ini mendapat pandangan masyarakat akhbar Umno sengaja memfitnah isu pemberian tanah di Kelantan pula.

"Akhirnya bloger Umno semudah itu menarik balik tuduhannya dan mengaku ada kesilapan fakta, takut dengan saman mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Nizar, blogger Pisau.net adalah blogger upahan Zambry untuk membuat fitnah itu.

Pada 13 Januari baru-baru ini, blog Pisau.net membuat pembetulan terhadap kenyataanya berhubung pertukaran tanah dan jawatan Menteri Besar Perak dan menarik balik fitnahnya dengan mengatakan tidak berlaku pemberian tanah secara percuma.

"Pisau mendapati berlaku percanggahan fakta yang tidak tepat yang diperolehi dari sumber sebelum ini dan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan demi kebenaran," demikian sebagaimana dipetik dari blog terbabit.

Isu tanah Kelantan: Pisau.net akui fakta silap

IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.

Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Artikel bertajuk ‘Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan’ itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.

Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Menurutnya, ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

“Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup,” katanya pada sidang media, semalam.

Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel ‘ralat’ itu tidak memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz.

“Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami,” katanya sambil memaklumkan writ
saman akan tetap diteruskan terhadap blog berkenaan.

Pisau.net menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada Jun 2012.

Tinjauan semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses.

Isu pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin memberi penjelasan berhubung isu itu.

Pembelian tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar.


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: