Rabu, 2 Januari 2013

Kakak & adik perempuan antara pasangan khalwat tahun baru 2013 yang ditangkap

KUANTAN: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mencekup 13 pasangan remaja berumur 18 tahun hingga 25 tahun dalam operasi cegah jenayah syariah sempena sambutan Tahun Baharu 2013.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan dicekup di beberapa hotel bajet di bandar ini dalam operasi bermula 9 malam Isnin dan berakhir kira-kira 6.30 pagi Selasa.

"Kebanyakan pasangan yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan mereka didapati berkhalwat di hotel-hotel murah sekitar pusat bandar selepas meraikan sambutan tahun baharu.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan


"Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Katanya JAIP sentiasa mengadakan operasi dalam usaha membanteras umat Islam daripada terjebak dalam kes jenayah syariah seperti berkhalwat.
KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.

Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian. SH

Di PULAU PINANG, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) menahan 39 orang berusia 16 tahun hingga 40 tahun dalam serbuan di beberapa hotel bajet.

Ketua Operasi JAIPP Khairul Azman Azizan berkata kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu datang dari luar Pulau Pinang bagi meraikan sambutan tahun baharu di negeri ini.

Katanya seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bersama pasangan berumur 20 tahun yang ditahan memberi alasan berehat dalam bilik hotel kerana keletihan selepas menyambut tahun baharu.

"Dua beradik berusia 25 dan 28 tahun ditahan bersama pasangan masing-masing, kakak yang merupakan isteri orang ditahan bersama seorang duda dalam sebuah bilik manakala adiknya ditahan bersama suami orang dalam bilik berasingan," katanya selepas operasi itu.- BERNAMA

PBO™:

Kerajaan uBN kena lebih peka dengan masalah ini yang tak pernah surut saban tahun. Bukankah tanggungjawab itu terletak di bahu pemerintah selain masyarakat?

Jauhi zina, ingatlah api neraka itu panas dan seksa kubur itu amat pedih sekali!


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

C++ berkata...

Bhai PBO...

Huh... masalah sosial makin hari makin teruk... aper nak jadi la... itu baru adik dan kakak... nanti satu masa adik, kakak dan mak skali terlibat satu masa khalwat.... aper daaa...

iman amani berkata...

selagi negara x ikut undang2 islam.org islam akan lbih brani buat maksiat.

Tanpa Nama berkata...

barang sedap..sapa x mau