Isnin, 7 Januari 2013

Gegar: PERKASA cadang berdemo bantah tebang balak di Pahang




Dengar khabar dari blog pro UMNO PERKASA cadang nak buat demo kat kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS mengenai isu balak.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kedah akan mengadakan satu himpunan aman bagi membantah keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah yang berdegil mahu meneruskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Peru, Kedah.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, himpunan yang akan diadakan pada 11 Januari depan itu akan menyedarkan barisan kepimpinan yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berhubung kepentingan menjaga alam sekitar.

"PERKASA melalui mesyuarat hari ini akan menyokong perhimpunan aman dinamakan protes pembalakan di kawasan tadahan air di Kedah pada 11 Januari ini.

"Isu alam sekitar ini isu yang amat serius, bukan sahaja menjadi cemuhan dalam negara, malah di peringkat antarabangsa. Kawasan pembalakan bukan sahaja menjadi perkara yang begitu serius yang seharusnya tidak dilakukan oleh kerajaan negeri." katanya pada sidang media PERKASA di sini hari ini.


#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan



http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/01/curi-balak-perkasa-bagi-kata-putus-buat.html

11 Januari .. hmm sehari sebelum pakatan rakyat rancang perhimpunan 12 Januari, dulu ingat lagi selalu PERKASA akan buat hari yang sama dengan pakatan. Kali ni dah tukar taktik.

Kita tengok la pula apa kata pihak polis ..

PERKASA tak nak buat demo untuk negeri Pahang sekali ke? atau ..


Ibrahim Ali ni nak ugut siapa? Najib ke?




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

C++ berkata...

Bhai PBO...

Ibrahim Ali tue sebenarnya nak smash "SOLTAN" la... hahaha...

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan supaya brahim memohon untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium darul aman seperti PR memohon stadium merdeka.kita lihat bagaimana respon kedua-dua pihak dan adakah permit akan di keluarkan?