Selasa, 22 Januari 2013

Double trouble buat UMNO pada 21.1.2013

Setelah Utusan didapati ditempeleng kerana bersalah memfitnah Anwar isu LBGTT, kini giliran Nala pula gagal dalam rayuannya. Ayoyo, ini mesti bikin penyokong UMNO tak senang duduk.

Eh aku baca dalam Berita Harian Najib sekarang ada urusan negara di luar negeri. Ahad ni baru balik. Jadi Isnin la kot umum pilihanraya hehehehhehe .. ambo nak umum dah la ni kata dia kat Kelantan tempoh hari.

Dalam kes Anwar-Nala, Hakim tolak rayuan sebab memang tak ada bukti yang dibawa ..




# sila like "pakatan rakyat supporters"


Layan lagu ni sambil baca entry ..



PUTRAJAYA - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan
Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.

Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.

Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.

Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.

Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".

Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili R.Sivarasa. - Bernama


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

mng je mahkamah adil le ye

C++ berkata...

Bhai PBO...

Kalu lu nak tau... pasai aper menang kes... hehehe... itu semua nak kasi "persepsi baik" terhadap Mahkamah... sebab nanti lepas PRU13... diorang akan gunakan Mahkamah secukupnyer...

Oh yer... Najib Razak takkan bubarkan Parlimen even sampai April sekalipon... nanti ader masa gua ulas...