Jumaat, 14 Disember 2012

Utusan bersalah fitnah, RM50,000 diarah bayar kepada Karpal .. mampuih!

Kah Kah Kah Kah ...Media pengampu UMNO yang selalu memutar belitkan kenyataan pakatan rakyat dengan niat untuk menanam benci kepada pakatan akhirnya diarah membayar RM50 ribu kepada Karpal Singh kerana bersalah memfitnah pemimpin DAP itu.

bukan sekali dua kita dengar Utusan yang kononnya membela agama dan bangsa itu disaman dan bersalah .. sudah acap kali.

Malah akhbar itu tidak serik-serik dan semakin galak membawa cerita demi cerita.





KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal (gambar fail).

Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.

“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.

Karpal memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.

Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan.

-malaysian insider-

Hmm tak habis-habis, dulu fitnah Anwar, Ezzah, Nizar, LGE dan ramai lagi ...

  • teringat dialog Najib ketika persidangan UMNO baru-baru ini, meminta maaf kepada rakyat tentang dosa-dosa yang lalu. kah kah kah kah ...

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu.

Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut.

Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah.

-malaysia kini-

Macam mana agaknya hukum gaji yang diterima para wartawan yang kerjanya menulis tidak benar ..?

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: