“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.
“Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu,”
“Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno,” katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.
“Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya.
TU dia .. itu kenyataan dari Soi Lek ..
Kebetulan sekarang tengah hangat dengan isu amanat Hadi. Boleh tonton sidang media TG Hadi kat (sini)
Dengan pengesahan dari Soi Lek yang mengarakan blogger UMNO kaki spin dan tiada etika, mana mungkin TG Hadi akan membuat penjelasan terhad kepada internet semata-mata.
Sudah memang kaki spin, nak buat macam mana. Dulu beriya benar suruh TG Hadi buat penjelasan mengenai amanat Hadi. Bila TG Hadi sudah bersedia untuk memberi penjelsan secara total, melalui RTM dan TV3, puak puak UMNO bagai terpukul .. dan mereka mula spin lain pulak .. kata mereka kenapa tak buat penjelasan melalui media internet sahaja hahhahaha.
Persoalan, beranikah RTM, TV3 sahut cabaran TG Hadi tanpa syarat? Jawapannya mampuih tak berani .. baca lagi ..
#jangan lupa klik like "pakatan rakyat supporters" tanda sokongan ..
KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.
Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.
“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.
“Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan,” jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.
“Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu,” tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.
Soi Lek (gambar) bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.
“Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA.
“Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno,” katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.
“Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya.
Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan “faktornya” untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.
Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen.
“Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming,” kata Syed Akbar dalam blognya.
0 respon:
Catat Ulasan