Katanya, semua kerajaan mengkategorikan rasuah sebagai barah yang wajib dicegah dan ditegah, malah semua insan menganggap amalan itu jijik serta lantang mengutuk rasuah, namun secara tersirat masih mengamalkan rasuah.
"Rasuah telah menjadi sebahagian dari darah daging mereka, berperanan sebagai talian hayat untuk membolehkan mereka hidup secara mewah dan megah. Perlakuan rasuah kini tidak malu untuk dilakukan, malah semakin diterima dalam norma urus niaga.
"Toleransi terhadap rasuah kelihatan semakin tinggi hingga sampai ke peringkat diterima sebagai keperluan dalam tadbir urus institusi dan syarikat. Sudah ada pihak yang mengiktiraf perbelanjaan bagi tujuan rasuah adalah satu keperluan," titahnya.
Baginda menegaskan, rasuah membawa impak negatif dan secara langsung membantutkan pertumbuhan serta pembangunan ekonomi yang mana Bank Dunia menganggarkan berlaku kebocoran 0.5 peratus ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar Dunia disebabkan rasuah.
Jelasnya, kajian Bank Dunia menunjukkan rasuah turut menurunkan tahap kecekapan pengeluaran, memberi lebihan tidak saksama dan melemahkan daya saing, serta menghalang tahap kelajuan kemajuan.
"Tambahan, amalan rasuah seumpama mempersendakan kedaulatan undang-undang, melemahkan institusi awam, mencabar prinsip demokrasi serta memudahkan perlakuan jenayah. Piagam, undang-undang, deklarasi dan kenyataan untuk menghapuskan rasuah terus diperkenalkan, namun pengamal rasuah terus bertambah.
"Malaysia tidak terlepas dari bahana rasuah. Indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan meletakkan Malaysia di tangga ke-54 daripada 174 negara. Pencapaian 49 markah belum membolehkan sesebuah negara selesa, apatah lagi kedudukan di tangga ke-54," katanya.
Baginda menambah, imej rasuah di Malaysia masih menghadapi persepsi negatif dan status yang dicapai tidak sepadan dengan usaha yang dilaksanakan.
Tegas baginda, memerangi rasuah adalah agenda nasional dan mengukuhkan integriti merupakan hasrat, impian serta matlamat negara, malah menjadi matlamat keempat Wawasan 2020.
"Dunia menuntut amalan integriti, terutama dalam kalangan pemimpin tertinggi. Integriti terlalu penting dan prinsipnya sama sekali tidak boleh diketepikan yang mana menjadi satu kemestian serta tonggak membina budaya tadbir urus yang baik.
"Dalam hasrat memartabatkan imej negara bangsa, integriti bukan satu opsyen tetapi menjadi satu amal wajib. Kelangsungan sebuah kerajaan tidak mungkin dapat dipertahankan tanpa budaya integriti yang tinggi," tegas baginda.
Raja Nazrin turut menyatakan, negara tidak ketandusan mekanisme perundangan dan penguatkuasaan untuk memastikan integriti tidak dinodai, sebaliknya isu yang dihadapi adalah jurang pencapaian.
Baginda juga menyifatkan langkah kerajaan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam serta program pembinaan kuarters kakitangan awam, termasuk Klinik 1 Malaysia, sebagai langkah tepat untuk menangani isu integriti serta isu sosial lain.
Diakhir titahnya, Raja Nazrin mengajak semua pihak mengenali asal usul penciptaan manusia serta menghayati kedatangan hari Akhirat, bagi membina dan mengukuhkan integriti dalam diri.
PBO: Malas nak ulas panjang-panjang. Semua dah tahu berapa puluh tahun kerajaan UMNO / BN memerintah tapi gagal. Gagal kerana pemimpin mereka sendiri suka kepada ketirisan dan rasuah. penyelewangan dan mengkayakan kroni. Sudah cukup sudah .. bagi pakatan rakyat memerintah ..
sumber sini
4 respon:
Awat lak kesal.....kan hangpa yang sokong kerajaan BEEND nih sampai buang MB halal dok ambik MB HARAM....
Kesedaran tentang jijiknya rasuah tu sangat bagus....tapi apakan daya, sistem dan gaya hidup yang melingkari tidak dapat untuk menahan diri (nafsu) dari terjebak dengan rasuah! Kekuatan iman dan keyakinan tentang azab Allah bagi pelaku dan penerima rasuah saja yang dapat elakkan seseorang dari rasuah! Untuk langkah awal, WAJIB humbankan BN dari sistem pemerintahan maka rasuah akan berkurang dengan mendadak! Kerana pemimpin UMNO BN ni sinonim dengan RASUAH!
Apasal pulak teruk? Ok apa? Makcik pak cik felda dan muda mudi Kampung yg bengap dalam umno suka Rasuah2 ini. Tak macho la kalau tak rasuah. Umno suka menteri2 pun suka. Apa la teruk macam ni pun, sprm buat tak tau. Pegi mampus la sprm. Menteri2 dan org umno buat rasuah sprm membisu seribu bahasa. Pegi mampus sprm
Br npk ker? 55 tahun perintah dh tentu2 yg berkuasa wat menda haramjadah ne..Xkan yg xder kuasa plk buat? Tupun mtk sepenggal lg nk bg habis harta rakyat n negara...ini lah akibat pemimpin2 UMNO BN yg tamak haloba buat kekayaan sekelip mata...Tahniah pd pemimpin serta sprm d anugerahkan "juara dunia rasuah"...lps ne pasti ada menteri UMNO wat statment "indek transparency x tepat" atau sengaja d buat utk mjatuhkan Nama Negara d mata dunia..ini lah siikap ego bongkak akn pemimpin kita....rakyat sentiasa d bohongi oleh pemimpin2 haramjadah...sgt2 memalukan....aku x tau lah apa akn jd Negara kita lau permintaan spenggal lg BN nk perintah??..jahanammmm!!!
Catat Ulasan