Soalan yang sering ditanya hari ini, mampukah BN jadi pembangkang. Penulis yakin BN tidak mampu!Malah sekiranya BN jadi pembangkang selepas PRU 13 nanti, maka bermulalah "beginning of the end" untuk BN(Bee END). Kenapa penulis berkata demikian. Sebab sejak dari awal, BN yang dimulakan dengan Perikatan ialah sebuah gabungan parti politik yang miskin.
Gabungan yang tidak memilik kekuatan kewangan tetapi banyak bergantung kepada kewangan yang dirompak dari rakyat untuk menunjukkan kekuatannya. Oleh itu apabila BN tewas PRU, maka berakhirlah penguasaan mereka kepada sumber pendapatan yang besar dan bermulalah "beginning of the end' untuk BN (Bee END).
Sifirnya cukup mudah, semudah ABC. Hari ini semua pembiayaan BN merupakan hasil rakyat dan hasil haram yang diluluskan oleh pemerintah mereka. Lantaran itu, tanpa kuasa maka tertutuplah segala peluang untuk merompak dan menjalankan kerja kerja haram buat mereka dan dengan itu juga tertutuplah sumber rezeki mereka.
Apa yang mampu mereka lakukan tanpa sumber rezeki ini?Sebenarnya dengan sumber rezeki haram yang melimpah ruahpun mereka tidak mampu menghadirkan satu kondisi kehidupan yang baik untuk rakyat, jadi tanpa sumber tersebut, terlebih tidak mampulah mereka.
Sebaliknya, sumber sumber yang tinggal akan terhakis dan penjanaan sumber mereka akan terbantu. Di sinilah bebalnya BN kerana tidak menyedari bagaimana parti parti dalam PR mampu menjadi teguh dan kuat tanpa sedikitpun mencuri wang rakyat. PAS,PKR dan DAP mampu menjanakan sumber pendapatan mereka dari sokongan rakyat bukan mencuri duit rakyat tetapi semuanya merupakan sumbangan ikhlas rakyat yang menyokongnya. Soalannya,mampukan parti parti dalam BN menjana pendapatan dari sumbangan serupa dari penyokongnya?
Jawapannya sudah diketahui ketika BN masih memilik kerajaan lagi. Tanpa kerajaan BN akan jatuh bengkrap dan bakal berkubur, berkubur seperti yang dikehendaki oleh EZAM senatak ketika dia dalam GERAK lagi. Barangkali juga Shafie Afdal perlu mengkaji semula kata katanya, bahawa kerajaan yang kuat ialah kerajaan yang memiliki majoriti 2/3.
Majoriti 2/3 mungkin diperlukan BN tetapi untuk PR, mereka cuma memerlukan kelebihan 1 kerusi dan 1 undi sahaja untuk mentadbir negara tanpa perlu risau dengan kehadiran BN. Sebab kalau ini berlaku pada PRU 13 nanti, kemungkinan besar pada PRU 14, BN sudah tiada lagi.
Sebelum terlupa, analisa di atas adalah untuk kerusi persekutuan, sementara bagi kerusi negeri, kalau BN memang di mana mana negeri sekalipun ketika persekutuan dikuasai PR, kemenangannya hanya untuk penggal itu saja, kerana untuk penggal akan datang, BN mungkin sudah tidak ada, atau mungkin sebelum penggal itu berakhir, BN sudah menyerahkan kuasanya. IBT)
maka mampos lah umno bn porno haram jadah lancau tiada dlm buku sejarah,yg ada hanya tiggal kenangan masa silam penuh dgn rasuah fitnah bunuh rogol samseng dan macam macam ada.
1 respon:
maka mampos lah umno bn porno haram jadah lancau tiada dlm buku sejarah,yg ada hanya tiggal kenangan masa silam penuh dgn rasuah fitnah bunuh rogol samseng dan macam macam ada.
Catat Ulasan