RUANG PENGIKLANAN

HANYA RM10 UNTUK LANGGANAN (1) BULAN!! MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI
  • SmartTonePlus.com
  • ~ RAHSIA BAGAIMANA SISTEM KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA CIPTA INCOME SETIAP BULAN KINI TERBONGKAR. KLIK SEGERA!!
  • ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
  • ~Free Pos laju & Free Gift. Penghantaran Segera!
  • iklan 6
  • - letakkan iklan anda serendah RM10 sahaja
  • iklan 7
  • - letakkan iklan anda serendah RM10 sahaja

Rabu, 26 Disember 2012

Mahkamah perintah Khairy bayar Anwar RM30 ribu

PBO: Tu baru permulaan bro, nanti RM100j menanti ..

PUTRAJAYA: 24 DIS - Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy
Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara
menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman
berkenaan.






Dalam penghakimannya, Hakim Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan
dalam permohonan Khairy.

Beliau berkata jika Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia
jika pemohon berjaya.

Selain itu, katanya, jika perbicaraan tersebut diteruskan dan keputusan dibuat tanpa memberi peluang kepada Khairy untuk membela diri, prasangka yang dialami
pemohon tidak boleh dipampas dengan kos.

Bagaimanapun, pada prosiding, Isnin, Mahkamah Rayuan memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anwar.

Hakim Clement, yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh pengurusan
kes untuk rayuan Khairy.

Siapakah yang anda rasa layak menerajui kerajaan selepas PRU 13?
Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Tidak peduli
  
segarkan

Pada 26 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan perintah beliau yang menghalang Ketua Pemuda
Umno itu memfailkan pembelaan dalam saman fitnah tersebut.

Hakim Hue membuat keputusan itu selepas mendapati peguam Khairy gagal mematuhi arahan mahkamah ketika pengurusan kes pada 29 Jun lepas, iaitu semua pihak
yang berkenaan memfailkan senarai saksi dan ringkasan kes bagi tujuan perbicaraan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa Khairy mengeluarkan perkataan berunsur fitnah dan menyebabkan ia disiarkan beberapa laman web
termasuk Malaysiakini.com dalam bentuk klip video yang bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Ketua pembangkang itu berkata klip video yang disiarkan Malaysiakini.com mengandungi perkataan berunsur fitnah yang dituturkan Khairy dalam satu ceramah
di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Khairy, dalam penyataan yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Anwar. - BERNAMA

#apa komen korang tentang kes ni ..?

sumber sini





2 respon:

  1. PENYAMUN TINGKAT 4 BERBILION RINGIT KENA SAMAN 30 RIBU AJE HAKIM BANGSAT.TUTUP AJE MAKAMAH TU

    BalasPadam

~PELUANG TINGKATKAN TRAFFIC BLOG ANDA:

borang untuk tukar link

~ dapatkan auto update via email anda

langgan artikel terkini pen buruk online ™

KONGSILAH ...

Artikel Terbaru