Walaupun begitu, masih ramai lagi yang meramalkan hari kiamat akan datang tanpa berlaku sebarang insiden. Hakikatnya, tarikh terakhir dalam kalendar Mayan turut menjadi punca ramai yang memberi perhatian kerana tarikhnya sudah terlalu hampir.
Manakala agama Yahudi pula mempunyai spesifikasi terakhir mengenai tarikh hari kiamat iaitu ia bakal berlaku dalam bulan Oktober 2240.
Orang Yahudi percaya setiap 1,000 tahun akan ada hari untuk Tuhan dan mereka percaya segala-galanya akan kembali kepada Tuhan di antara 1 Januari 2001 dan 31 Disember 3000.
Bagi penganut agama Kristian pula, mereka juga tidak dapat memberikan tarikh-tarikh tertentu mengenai hari kiamat sebaliknya percaya jika iman semakin berkurang, keganasan meningkat, berlaku peperangan di dunia dan bencana alam yang memuncak sebelum kemunculan Tuhan di muka bumi ini.
Ramai pemimpin agama dunia pula melihat kadar jenayah yang semakin meningkat, tsunami yang berlaku kebelakangan ini, gempa bumi, ribut taufan dan peperangan yang semakin banyak berlaku menunjukkan tanda-tanda kiamat bakal berlaku.
Pada tahun 2005, La Vos De Aztlan melaporkan yang perbuatan "lama dan baru" merupakan kepercayaan agama kaum Mayan yang ada kaitan dengan akhir zaman.
Kalendar kaum Mayan adalah menggunakan astrologi dan mereka yang lebih awal tahu untuk mengesan bintang di langit.
Mereka juga berjaya mengkaji sistem dalam alam semesta yang kemudiannya dapat dikesan saintis semula beratus-ratus tahun kemudian.
Selain itu, kalendar kaum ini pula berdasarkan penjajaran planet Zuhrah yang berhubung dengan bumi atau kedudukan bintang tertentu dan hubungan mereka kepada planet dan sistem solar.
Bagaimanapun, setakat ini, kalendar mereka terbukti paling tepat kerana telah menzahirkan kewujudan bintang dan sistem solar beribu-ribu tahun dahulu.
Sementara itu, kaum mereka juga meramalkan masa tidak dapat lagi diukur selepas 21 Disember ini kerana ia tidak akan lagi menjadi konsisten dalam corak yang sama seperti hari ini.
Secara ringkasnya, apabila bumi berputar pada kelajuan yang berbeza, hari-hari di bumi akan bertukar menjadi lebih panjang atau lebih pendek.
Begitu juga jika orbitnya yang mengelilingi matahari berubah, tempoh setahun juga tidak terjadi secara statistik.
Perubahan ini secara tidak langsung menjadi punca dalam satu hari tidak lagi terdiri daripada 24 jam dan tahun tidak lagi menjadi 365 hari.
Menurut Kajian Kajibumi Amerika Syarikat (AS), dalam tahun 1900-an terdapat 110 gempa bumi yang cukup besar berlaku sehingga menyebabkan 1,000 orang maut.
Setiap tahun, kejadian gempa bumi berlaku semakin meningkat menyebabkan mereka percaya angka kematian juga bakal meningkat tahun demi tahun.
Ribut taufan dan ribut tropika juga semakin banyak dapat dikesan kebelakangan ini.
Menurut Jabatan Taufan AS, taufan lebih kerap berlaku pada penggal pertama tahun 1900 dan ia juga meningkat tahun demi tahun sehingga 39 peratus pada separuh kedua.
Kebelakangan ini, laporan berita dari CNN turut menunjukkan rekod ribut taufan melanda AS terutama sekali lagi pada tahun 2005.
Satu lagi fenomena semulajadi yang sedang berlaku ketika ini telah menguatkan lagi teori kaum Mayan mengenai nasib bumi ialah pemanasan global atau secara khususnya ais di muka bumi mula mencair.
Media ada melaporkan ais yang beku selama 100,000 tahun akan mula mencair akhir abad ini sementara air di Artik juga mencair dua kali ganda lebih cepat di seluruh dunia.
Bob Corell yang merupakan salah seorang pihak berkuasa dunia mengandaikan dalam 25 tahun atau 30 tahun akan datang, paras laut akan meningkat 10 inci dan meningkat lagi tiga kaki dalam tempoh 100 tahun akan datang.
Katanya, senario ini akan menyebabkan semua kawasan rendah dunia akan terjejas dan dipercayai ketika itu negara Belanda bakal hilang akibat tenggelam.
Dalam pada itu, pada 23 Ogos 2005, pasukan Teknologi Harian India ada mendedahkan laporan mengenai keseluruhan planet bumi ini.
Mereka mendakwa, plat anjakan tektonik, gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan tsunami semakin meningkat dalam kadar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
“Banjir dan kemarau juga berlaku dengan keadaan yang luar biasa sekali,” menurut laporan itu.
Hakikatnya, semua ini berlaku kerana ia menjadi sebahagian daripada kitaran semulajadi sistem solar. Sama juga seperti setiap musim panas, ais akan mencair dan kenaikan suhu bumi boleh menjadi sebahagian daripada perubahan dalam sistem solar.
Sejak akhir-akhir ini, menjelang 21 Disember, terlalu banyak spekulasi hari kiamat muncul hakikatnya tiada siapa dapat meramalkan tarikh sebenar hari pembalasan itu.
Kita sendiri tahu, sistem solar serta planet ini hidup dan kitaran yang berlaku wujud sejak berbilion-bilion tahun dahulu.
Kita juga tahu dunia melalui kitaran dan pernah lari sedikit dari paksinya dan agak mustahil musim baru boleh bermula untuk membetulkan fenomena semulajadi bumi ini.
Sesuatu perubahan memang boleh berlaku pada 21 Disember ini tetapi kita akan kembali menarik nafas lega apabila kalendar beralih ke abad yang baru.
Orang ramai yang menyimpan bekalan makanan dan melakukan persediaan untuk menghadapi ‘hari kiamat’ di seluruh dunia ialah manusia yang jenis paraoid dalam kuasa.
Menjelang 2010 lagi ramai penduduk dunia mula bersikap paranoid tetapi tanpa bukti saintifik yang kukuh, masa sendiri akan menukar ramalan yang dibuat oleh kaum Mayan itu.
sumber sini
1 respon:
Jgnlah percaya ramalan kaum kafir ni.Kiamat tu rahsia Allah tapi dia dh tunjuk kt kita tanda2 besar yg kiamat tu hampir.
Catat Ulasan